Tuntut Queen Cleopatra diharamkan

KAHERAH: Pejabat Ketua Pendakwa Mesir menerima aduan mengenai siri dokumentari baru Netflix “Queen Cleopatra” yang menuntut ia diharamkan susulan laporan mengenai sejarah yang tidak tepat dan ketidakpekaan budaya.

Menurut laporan media, dokudrama empat episod itu ditayangkan di Netflix pada 10 Mei dan mencetuskan kontroversi besar kerana ia dibintangi pelakon ‘biracial British’ Adele James sebagai Cleopatra, firaun terakhir Mesir yang memerintah Kerajaan Ptolemaic.

Aduan difailkan oleh seorang pegawai dari Kementerian Kebudayaan Mesir mendakwa bahawa Netflix telah memutarbelit imej sejarah yang terkenal dengan mencipta pemalsuan sejarah. 

Pegawai itu menuntut agar siri itu dikeluarkan daripada platform penstriman dan diharamkan selama-lamanya.

Menurut aduan itu, penerbit dokumentari itu sepatutnya berunding dengan ahli arkeologi dan antropologi bagi mencipta imej Cleopatra yang betul.

Berpuluh-puluh ribu orang telah menandatangani petisyen pada April yang mengkritik pilihan pelakon kulit hitam bagi menggambarkan ratu Mesir Purba, dengan alasan bahawa siri itu menjaja “Afrocentrism” dalam percubaan untuk “menuntut sejarah Mesir.

Cleopatra diketahui berasal dari dinasti Yunani Macedonia yang diasaskan oleh Ptolemy, seorang jeneral tentera raja Macedonia Alexander the Great. 

Menurut Encyclopaedia Britannica Cleopatra mempunyai sedikit, jika ada, darah Mesir.

(Foto Netflix)

Related posts

Leave a Comment