Singapura juga cari pendaki dilaporkan hilang

SINGAPURA 21 Mei – Ketika Malaysia sedang mencari pendaki Gunung Everest yang dilaporkan hilang, Singapura juga melancarkan operasi mencari dan menyelamat pendaki warganegaranya yang juga hilang ketika pendakian. Shrinivas Sainis Dattatraya, 39, seorang pengarah eksekutif di firma hartanah Jones Lang LaSalle, berlepas ke Everest pada 1 April dan dilaporkan telah sampai ke puncak Gunung Everest, ketika mengirim mesej kepada isterinya Jumaat lalu. Bagaimanapun beliau memberitahu kemungkinan tidak dapat turun semula. Menurut laporan media Singapura, Shrinivas memaklumkan beliau telah menghidap cerebral edema altitud tinggi (Hace), sejenis penyakit altitud tinggi serius yang…

Read More

ADUN Limbahau keluar KDM

KOTA KINABALU 21 Mei –  Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan keluar parti menjelang pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan bermula esok.  Juil Nuatim mengesahkan bahawa beliau keluar daripada Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) berkuat kuasa serta-merta. ADUN Limbahau yang juga Timbalan Presiden KDM itu sebelum ini memaklumkan bahawa akan kekal sebagai ADUN Bebas yang menyokong kepemimpinan kerajaan Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Sabah  Hajiji Noor. “Ya saya keluar (KDM), kini sebagai ADUN Bebas buat masa ini. Saya ADUN bebas…

Read More

“Jalan saya adalah jalan ayahanda saya”

KOTA BHARU 21 Mei – Bekas Ahli Parlimen Pas Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memberi bayangan akan terus bersama parti itu walaupun pelbagai desas desus mengaitkan dirinya bakal menyertai parti lain. Tanpa menjelaskan secara berterus terang, beliau berkata, jalannya adalah jalan ayahnya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Mursyidul Am Pas dan bekas Menteri Besar Kelantan. “Ramai juga mohon penjelasan saya. Saya mohon kemaafan dulu. Begini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Almarhum ayahanda adalah kawan. Menyambung persahabatan dengan kawan-kawan ayah kita adalah sunnah Rasulullah, termasuklah…

Read More

Kumpulan pertama jemaah tiba di Madinah

MADINAH: Kumpulan pertama seramai 284 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di sini, pada pukul 7 pagi ini. Sejurus tiba, mereka yang menaiki penerbangan pertama (KT1) terdiri daripada 131 jemaah lelaki dan 153 perempuan itu dibawa ke zon penginapan di Hotel Saja Al-Madinah. Ketibaan mereka di hotel itu disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah. Tiga lagi penerbangan dari Malaysia dijadualkan tiba di Madinah, hari ini, membabitkan keseluruhan kira-kira 1,100 jemaah. Mereka adalah kumpulan KT awal daripada…

Read More

Perpaduan aset penting negara

KUCHING 21 Mei – Perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu dijadikan sebagai aset penting bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, seluruh rakyat juga perlu mengurangkan perbezaan kaum dan agama dalam menjalani kehidupan di Malaysia. Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023 di Tebingan Kuching, hari ini. Baginda juga menarik perhatian mengenai tiga perkara saya ingin beri tumpuan. “Pertamanya, saya terpanggil untuk mengatakan bahawa kita rakyat Malaysia harus…

Read More

Makkah Route kini di Turkiye, Ivory Coast

RIYADH: Program Pra Pelepasan Jemaah Haji atau ‘Makkah Route’ yang memudahkan urusan kemasukan jemaah haji terutama memendekkan tempoh masa proses dokumentasi diperluaskan kepada jemaah Turkiye dan Ivory Coast. Berikutan itu, inisiatif berkenaan kini meliputi tujuh negara selain Pakistan, Malaysia, Indonesia, Maghribi dan Bangladesh sejak dilancarkan pada 2019. Menurut Kementerian Dalam Negeri, inisiatif Makkah Route bertujuan menerima jemaah haji dan menyelesaikan prosedur dari negara mereka dengan mudah. Menurut laporan Saudi Gazette, ia bermula dengan mengeluarkan visa secara elektronik dan mengambil ciri-ciri penting, dan kemudian melalui prosedur pasport lengkap di lapangan terbang…

Read More

Rayuan haji ditutup, kuota penuh

SEPANG 21 Mei – Kesemua 31,600 kuota jemaah yang diperuntukkan untuk musim haji kali ini telah penuh, kata Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji (TH), Syed Saleh Syed Abdul Rahman. Berikutan itu, rayuan haji yang dibuka sebelum ini ditutup sepenuhnya dan tidak ada lagi rayuan yang akan dipertimbangkan. Syed Saleh yang juga Ketua Rombongan Haji Malaysia, berkata TH menerima hampir 100,000 permohonan rayuan haji bagi tahun ini, sama seperti permohonan pada tahun sebelumnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia bagi Penerbangan Pertama, di…

Read More

Jemaah KT01 berlepas ke Madinah

SEPANG 21 Mei – Kumpulan pertama 284 jemaah haji bagi Musim Haji 1444H/2023M, berlepas ke Tanah Suci pada pukul 2.05 pagi ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Mereka yang tiba di KLIA seawal pukul 10 malam tadi menaiki penerbangan pesawat Malaysia Airlines, MH 8056. Kumpulan jemaah Penerbangan Pertama (KT01) berkenaan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah, pukul 5.50 pagi waktu Arab Saudi (10.50 pagi waktu Malaysia). Hadir meraikan Dhuyufurrahman (tetamu Allah) adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH),…

Read More