Perpaduan aset penting negara

KUCHING 21 Mei – Perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu dijadikan sebagai aset penting bagi menjamin masa depan negara yang lebih baik.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, seluruh rakyat juga perlu mengurangkan perbezaan kaum dan agama dalam menjalani kehidupan di Malaysia.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2023 di Tebingan Kuching, hari ini.

Baginda juga menarik perhatian mengenai tiga perkara saya ingin beri tumpuan.

“Pertamanya, saya terpanggil untuk mengatakan bahawa kita rakyat Malaysia harus menjadikan nilai perpaduan sebagai aset negara paling utama sekali yang penting demi masa depan,” katanya.

“Perkara kedua, kurangkan perbezaan sesama kita sebagai rakyat malaysia, rapatkan jurang antara kaum dan agama.

“Yang ketiganya, perpaduan harus bermula dari rumah,” titah baginda.

Titah baginda lagi, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian, semua pihak tidak harus membezakan keturunan serta latar belakang.

Yang turut hadir, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud; Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Related posts

Leave a Comment