PUTRAJAYA 20 Mei – Misi mencari anggota Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di pergunungan itu sedang giat dijalankan. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Muhammad Hawari yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) sudah tiba di puncak gunung sebelum dilaporkan hilang ketika perjalanan turun. Mangsa dipercayai berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan bergerak turun selepas itu, namun masih belum dapat dikesan sehingga kini. “Wakil kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang sedang giat menjalankan usaha pencarian mangsa di sekitar kawasan…
Read MoreDay: May 20, 2023
3.4 juta warga Turkiye luar negara mengundi
ISTANBUL: Kira-kira 3.4 juta rakyat Turkiye yang menetap di luar negara mula mengundi memilih Presiden negara itu yang menyaksikan saingan di antara penyandang Tayyip Erdogan dan pencabarnya, Kemal Kilicdaroglu. Penentuan pilihan raya Presiden akan diadakan di Turkiye pada 28 Mei berikutan Erdogan memperoleh kurang daripada 50 peratus nilai ambang yang diperlukan untuk memenangi pemilihan itu secara langsung Ahad lalu dalam apa yang dijangka menjadi cabaran politik terbesarnya. Secara keseluruhan lebih 64 juta pengundi layak mengundi bermula hari ini hingga 24 Mei depan. Sementara itu, agensi berita Anadolu milik kerajaan berkata,…
Read MoreTidak pelik apabila Melayu UMNO undi DAP
APABILA Ahmad Maslan ‘mengeluarkan arahan’ supaya anggota UMNO mengundi atau memangkah DAP, maka bagi parti politik, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Maka tidak perlu mana-mana Melayu termasuk Melayu UMNO tersentak. Bukankah DAP itu salah satu daripada 19 parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan? Maknanya, siapa saja calon sama ada dari DAP, Amanah, PKR yang diletakkan, anggota UMNO yang patuh arahan akan mengundi siapa sahaja. Maka tidak janggal bagi Melayu UMNO mematuhi arahan ‘luar biasa’ dalam sejarah UMNO yang dikeluarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu supaya menyokong calon Kerajaan Perpaduan.…
Read MoreAnnuar sah mohon sertai Pas
KUALA LUMPUR 20 Mei – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa mengesahkan sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai Pas sejak beberapa bulan lalu. Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau kini menunggu kelulusan dari parti itu. “Bukan 10 orang (bekas pemimpin dan ahli UMNO, tapi) lebih daripada 1,000 bersama-sama dengan saya Insya-Allah pada minggu kedua Jun, kita hanya sekarang sedang menunggu (keputusan) daripada parti Pas. “Saya mengesahkan saya sudah membuat permohonan (menyertai) Pas, terpulanglah pada Pas untuk menerima saya ataupun tidak kerana saya ini bukan sesiapa pun.…
Read MorePN jangka trend sokongan meningkat
PAGOH 20 Mei – Perikatan Nasional (PN) yakin mampu meraih sokongan sekurang-kurangnya 70 peratus undi, terutama undi Melayu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), akan datang, kata Pengerusinya, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kajian dan fakta menunjukkan gabungan Bersatu, Pas, Gerakan yang bakal bertanding PRN di enam negeri di Semenanjung berada di hadapan dari segi populariti dan kepemimpinan. Katanya, ketika ini rakyat sudah boleh menilai dan PRN akan datang bakal menjadi penanda aras baharu mengenai hala tuju masa depan politik negara. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu yakin, walaupun tidak…
Read MoreBerita pilihan…
Korea Selatan ambil langkah cegah FMD
SEOUL: Korea Selatan akan melaksanakan langkah kuarantin yang dipertingkatkan untuk mencegah penularan penyakit kaki dan mulut (FMD) berikutan menaikkan tahap krisis penyakit haiwan itu ke peringkat tertinggi, kali pertama sejak Mac 2018. Menurut Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar, tahap amaran dinaikkan daripada “berhati-hati” kepada “serius” untuk bandar tengah Cheongju, wilayah Chungcheong Utara. Begitu juga daerah Jeungpyeong di wilayah sama dan tujuh lagi wilayah bersebelahan, termasuk Daejeon, Sejong dan Cheonan. Korea Selatan melaporkan beberapa siri kes FMD di wilayah tengah baru-baru ini selepas mengesahkan satu kes awal bulan…
Read MoreSatu bilion berisiko dijangkiti taun
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan mengenai kira-kira satu bilion orang di 43 negara berisiko dijangkiti taun atau kolera walaupun wabak itu boleh dihentikan. Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menjelaskan dunia sangat mengalami kekurangan sumber bagi menangani wabak itu. Menurut PBB, kira-kira AS$640 juta (RM2.90 bilion) diperlukan untuk memerangi penyakit berjangkit berkenaan, tetapi tegasnya semakin banyak tempoh diperlukan untuk mengatasinya dan keadaan akan menjadi lebih buruk. PBB juga berkata, selain itu kempen vaksinasi juga terjejas teruk. Pengurus Insiden agensi itu untuk tindak balas kolera global, Henry Gray…
Read More