Annuar sah mohon sertai Pas

KUALA LUMPUR 20 Mei – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Annuar Musa mengesahkan sudah mengemukakan permohonan bagi menyertai Pas sejak beberapa bulan lalu.

Annuar  yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau kini menunggu kelulusan dari parti itu.

“Bukan 10 orang (bekas pemimpin dan ahli UMNO, tapi) lebih daripada 1,000 bersama-sama dengan saya Insya-Allah pada minggu kedua Jun, kita hanya sekarang sedang menunggu (keputusan) daripada parti Pas.

“Saya mengesahkan saya sudah membuat permohonan (menyertai) Pas, terpulanglah pada Pas untuk menerima saya ataupun tidak kerana saya ini bukan sesiapa pun.

Keputusan yang saya buat (menyertai Pas) selepas saya meneliti secara dekat dan mendalam senario politik negara dan juga keadaan berlaku dalam politik UMNO itu sendiri,” katanya seperti laporan sebuah portal berita hari ini.

Beliau ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Muafakat Nasional (MN) di ibu negara, yang turut dihadiri ramai pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan mendakwa Annuar antara lebih 10 bekas pemimpin UMNO sudah mengisi borang permohonan menyertai Pas.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas itu turut memaklumkan, pengumuman rasmi mengenai penyertaan Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO bersama bekas pemimpin UMN0 lain, akan dibuat hujung bulan ini.

 

Related posts

Leave a Comment