Misi mencari ME 2023 giat dijalankan

PUTRAJAYA 20 Mei – Misi mencari anggota Misi Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Muhammad Hawari Hashim yang dilaporkan hilang di pergunungan itu sedang giat dijalankan.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata, Muhammad Hawari yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) sudah tiba di puncak gunung sebelum dilaporkan hilang ketika perjalanan turun.

Mangsa dipercayai berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan bergerak turun selepas itu, namun masih belum dapat dikesan sehingga kini.

“Wakil kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang sedang giat menjalankan usaha pencarian mangsa di sekitar kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, kementerian memaklumkan sedang berusaha membawa turun jenazah Allahyarham Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacob yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah.

Beliau meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu Nepal (12.45 tengah hari waktu Malaysia) semalam, selepas terjatuh pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut,.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak berkata, ketika kejadian Allahyarham bersama Muhammad Hawari, 33, sedang melakukan pendakian dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai di puncak.

Katanya, selepas jatuh, Allahyarham dibawa ke kem empat dengan bantuan malim gunung untuk rawatan dan dilapor meninggal dunia.

Related posts

Leave a Comment