Lima lokaliti panas tahap satu

KUALA LUMPUR 17 Mei – Lima lokaliti iaitu empat di Semenanjung Malaysia dan satu di Sarawak merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat pukul 4.40 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di laman web rasmi memaklumkan kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu itu termasuk Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan. Cuaca sama turut direkodkan di Rompin, Pahang; Padang Terap, Kedah dan Sibu, Sarawak. Semalam, Pasir Mas, Kuala Krai dan Rompin juga mencatatkan cuaca panas tahap satu dan berterusan sehingga hari ini. Status cuaca panas…

Read More

Kerusi PN hampir dimuktamadkan

KUALA LUMPUR 17 Mei –  Perikatan Nasional (PN) sudah hampir memuktamadkan pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponennya bagi menghadapi enam pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi. Pengerusinya,  Muhyiddin Yassin, berkata perbincangan mengenai perkara itu juga akan dibangkitkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijadual berlangsung pada 23 Mei ini. “Saya sudah arahkan pasukan perunding setiap parti menyelesaikan (pembahagian kerusi). Mereka ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau. “Ada…

Read More

Isu kalimah Allah ke Majlis Raja-Raja

PUTRAJAYA 17 Mei –  Kabinet hari ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan media hari ini berkata, langkah itu bagi menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ secara menyeluruh dan bersepadu. Katanya, kerajaan juga komited memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia. Beliau memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini membincangkan mengenai keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes seorang wanita beragama Kristian,…

Read More

“Harapan Bersatu KJ menyertai kita”

KUALA LUMPUR 17 Mei – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, jika beliau mahu menyertai parti itu. Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN),  itu mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu. Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda. “Saya dan dia (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia…

Read More

PN kesal pendirian kerajaan isu kalimah Allah

KUALA LUMPUR 17 Mei –  Perikatan Nasional (PN) kesal dengan keputusan kerajaan PH-BN menarik balik rayuan berhubung kes berkaitan kalimah Allah yang melibatkan sensitiviti umat Islam dan kepentingan awam. Pengerusi PN,  Muhyiddin Yassin berkata, sepatutnya kerajaan membiarkan kes ini diputuskan menurut proses undang-undang di mahkamah sehingga selesai sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan dasar mengenainya. Beliau berkata, sekiranya keputusan mahkamah tidak berpihak kepada kerajaan selepas proses rayuan, maka wajarlah kerajaan meminda undang-undang berkenaan untuk menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memelihara ketenteraman awam di negara ini dapat dicapai. “Ketika…

Read More

Empat lokaliti catat cuaca panas

KUALA LUMPUR 17 Mei – Empat lokaliti di Kelantan dan Johor terus mencatatkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga, dengan suhu mencecah 35 darjah Celsius (C). Menurut laporan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) yang dikemas kini 4.30 petang semalam, ia membabitkan Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan serta Rompin Pahang dan Muar di Johor. Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian mencecah 35 C untuk tiga hari berturut-turut. Berikutan itu, penduduk setempat diminta untuk minum air secukupnya dan mengelakkan pembakaran terbuka. Untuk maklumat terkini status cuaca…

Read More

Sabah belum bersedia RUU lompat parti?

KOTA KINABALU 7 Mei – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum dimaklumkan tarikh bagi pembentangan rang undang-undang (RUU) pindaan Perlembagaan negeri berkaitan anti lompat parti, kata Speaker, Kadzim M Yahya. Beliau berkata pihaknya hanya menunggu keputusan kerajaan negeri bila RUU itu mahu dibentangkan, sama ada pada persidangan DUN Sabah yang bermula Isnin ini atau pada tarikh lain. “Jika tidak sempat dibentangkan pada sidang DUN kali ini, kita akan buat pada sidang khas sebab RUU pindaan Perlembagaan berkaitan anti lompat parti ini mungkin akan menerima ramai pembahas, jadi mungkin masa sehari…

Read More