Empat lokaliti catat cuaca panas

KUALA LUMPUR 17 Mei – Empat lokaliti di Kelantan dan Johor terus mencatatkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga, dengan suhu mencecah 35 darjah Celsius (C).

Menurut laporan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) yang dikemas kini 4.30 petang semalam, ia membabitkan Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan serta Rompin Pahang dan Muar di Johor.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian mencecah 35 C untuk tiga hari berturut-turut.

Berikutan itu, penduduk setempat diminta untuk minum air secukupnya dan mengelakkan pembakaran terbuka.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh melayari https://www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca.

Related posts

Leave a Comment