Lima lokaliti panas tahap satu

KUALA LUMPUR 17 Mei – Lima lokaliti iaitu empat di Semenanjung Malaysia dan satu di Sarawak merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga setakat pukul 4.40 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) dalam kenyataan di laman web rasmi memaklumkan kawasan yang merekodkan status cuaca panas tahap satu itu termasuk Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan.

Cuaca sama turut direkodkan di Rompin, Pahang; Padang Terap, Kedah dan Sibu, Sarawak.

Semalam, Pasir Mas, Kuala Krai dan Rompin juga mencatatkan cuaca panas tahap satu dan berterusan sehingga hari ini.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ .

Related posts

Leave a Comment