Indeks haba cecah 47 darjah Celsius

MANILA: Indeks haba di Bandaraya Dipolog, Zamboanga del Norte mencecah 47 darjah Celsius pada petang semalam, kata Perkhidmatan Pentadbiran Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (Pagasa). Menurut biro cuaca negeri, indeks haba di Bandaraya Dipolog meningkat kepada tahap tertinggi 47 darjah Celsius sekitar pukul 3 petang. Pagasa memaklumkan, indeks haba antara 42 hingga 51 darjah Celsius berada dalam kategori ‘bahaya’ dan berkemungkinan menyebabkan kekejangan haba dan keletihan haba, malah mungkin boleh mengalami strok haba sekiranya berterusan terdedah kepada matahari. Untuk hari ini, Pagasa berkata indeks haba tertinggi iaitu 45 darjah Celsius…

Read More

Tiada subsidi pengguna elektrik tinggi

PUTRAJAYA 15 Mei –  Isi rumah yang menggunakan elektrik pada jumlah yang amat tinggi tidak lagi akan menikmati subsidi daripada kerajaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, rumah perseorangan yang penggunaan elektriknya sangat tinggi umpama rumah itu guna tiga kipas dan empat penyaman udara, maka mereka harus membayar kos sebenar dan tidak menikmati subsidi. “Maknanya, B40 dan M40 tiada kenaikan (tarif elektrik), tetapi rumah-rumah yang menggunakan elektrik yang tinggi akan dikenakan bayaran ikut harga pasaran. “Ini kena faham, tiada kenaikan bagi 90 peratus rakyat, tetapi bagi rumah-rumah yang menggunakan elektrik berlebihan…

Read More

“Saya ulang sekali lagi, tunjuklah bukti”

PUTRAJAYA 15 Mei – Dr Mahathir Mohamad mengulangi cabaran terhadap  Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menunjukkan bukti yang beliau telah menyalah guna kuasa untuk kayakan dirinya dan keluarga. “Setakat cakap di atas pentas politik tanpa ada bukti ini siapa pun boleh buat. Mereka ini digelar “mat retorik”,” kata bekas Perdana Menteri itu melalui Facebooknya hari ini. Beliau merujuk kenyataan Perdana Menteri yang sedia menyambut cabaran Dr Mahathir berkait isu mengisytiharkan harta dimilikinya sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri antara 1993 hingga 1998. Perdana Menteri menegaskan, beliau sememangnya sudah pun mengisytiharkan harta…

Read More

Dewan Merdeka WTC lakar sejarah

KONVENSYEN Kerajaan Perpaduan semalam (14 Mei 2023) bukan sahaja mencatatkan sejarah kepada kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim tetapi juga merekodkan sejarah tersendiri kepada parti-parti politik lain termasuk UMNO. Bagi Anwar, pidatonya kembali bergema di Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), selepas kali terakhir beliau berucap di situ atas pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 1997, 26 tahun lalu. Anwar kali pertama berucap di Dewan Merdeka WTCKL (dulu Pusat Dagangan Dunia Putra – PWTC) selepas pemecatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 yang membawa kepada penubuhan…

Read More

Bekas menteri minta penjelasan KDN

KUALA LUMPUR 15 Mei – Kerajaan Madani melalui Kementerian Dalam Negeri  diminta memberi penjelasan berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi, berkaitan penggunaan kalimah Allah. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berharap Menteri berkenaan,  Saifuddin Nasution bin Ismail dapat memaklumkan perkara itu pada sidang media dalam masa terdekat Beliau membuat gesaan itu melalui satu kenyataan di Facebooknya hari ini. Berikut kenyataan penuh beliau. PERKEMBANGAN TERBAHARU ISU KALIMAH ALLAH 1. Saya menerima maklum laporan akhbar Berita Harian bertarikh 15 Mei 2023 bertajuk “Kabinet sudah…

Read More

Kalimah Allah: KDN kemuka nota kepada Kabinet

SERDANG 15 Mei – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri mengenai keputusan menarik balik rayuan di mahkamah berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata nota itu hanya satu makluman kepada Jemaah Menteri terhadap keputusan yang dibuat oleh KDN, berkaitan tindakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, sebelum ini. “Saya sedar mengenai perkembangan itu. Saya sudah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri beberapa bulan lepas mengenai tajuk (isu rayuan penggunaan kalimah Allah) ini. “Nota jemaah menteri, dia ada dua bahagian. Kalau kamu mahu keputusan,…

Read More

Kerajaan Perpaduan semakin kukuh

PUTRAJAYA 15 Mei – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim mengulangi keyakinan dengan kesepaduan Kerajaan Perpaduan ketika ini yang semakin kukuh berbanding pada ketika mula mengambil alih kerajaan. Beliau  berkata, ketika awal pertukaran kerajaan, bermacam-macam percubaan menggagalkannya termasuk menerusi perakuan sumpah (SD) dan sebagainya sehingga sampai kepada Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan. “Pada peringkat awal saya ambil itu, macam-macam percubaan, SD dan sebagainya dan sampai kepada Yang Dipertuan Agong dan sultan-sultan. Tapi bila beberapa bulan berlalu, nampak lebih kemas. Dalam sistem politik demokrasi, siapa pun boleh rebut kuasa ikut jalur yang sah.…

Read More

Operasi berterusan banteras judi haram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Semua ketua polis daerah (KPD) diperingatkan untuk melaksanakan tanggungjawab membanteras kegiatan jenayah, termasuk memastikan tiada aktiviti judi haram di daerah masing-masing. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana KPD yang gagal melaksanakan tanggungjawab itu. Sambil mendedahkan ada segelintir KPD tidak berpuashati dengan arahan berkaitan operasi pembanterasan kegiatan judi itu, beliau mengingatkan aku janji yang ditandatangani setiap bulan oleh KPD adalah amanat yang perlu dilaksanakan. “Bila saya masuk ke JSJ, saya sudah bagi arahan kepada…

Read More