Indeks haba cecah 47 darjah Celsius

MANILA: Indeks haba di Bandaraya Dipolog, Zamboanga del Norte mencecah 47 darjah Celsius pada petang semalam, kata Perkhidmatan Pentadbiran Atmosfera, Geofizik dan Astronomi Filipina (Pagasa).

Menurut biro cuaca negeri, indeks haba di Bandaraya Dipolog meningkat kepada tahap tertinggi 47 darjah Celsius sekitar pukul 3 petang.

Pagasa memaklumkan, indeks haba antara 42 hingga 51 darjah Celsius berada dalam kategori ‘bahaya’ dan berkemungkinan menyebabkan kekejangan haba dan keletihan haba, malah mungkin boleh mengalami strok haba sekiranya berterusan terdedah kepada matahari.

Untuk hari ini, Pagasa berkata indeks haba tertinggi iaitu 45 darjah Celsius akan melanda Bandaraya Dipolog, manakala 10 bandar dan wilayah lain juga diramalkan mencapai indeks haba berbahaya sepanjang hari.

Kawasan ini termasuk 42 darjah Celsius di Naia, Bandar Pasay; Neuva Ecija; Cavite; Tanauan, Batangas; Bandar Masbate, Masbate; Roxas City, Capiz dan Lapangan Terbang Laguindingan, Misamis Timur manakala 43 darjah Celsius dicatatkan di Bandaraya Legazpi, Albay serta Bandar Butuan Agusan del Norte.

Jumaat lalu, Bandaraya Legazpi dan Albay, mencatatkan indeks haba tertinggi di pada tahun ini iaitu 50 darjah Celsius.

Related posts

Leave a Comment