Lima negeri catat suhu tahap satu

KUALA LUMPUR 11 Mei – Lima negeri berada di tahap satu iaitu keadaan berjaga-jaga kerana mencapai suhu harian antara 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya melebihi tiga hari berturut- turut. Menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), catatan suhu lima negeri iaitu Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan itu adalah sehingga pukul 4.45 petang tadi. Di Perak, terdapat lima daerah yang mencatatkan suhu di tahap satu iaitu Hulu Perak, Selama (Matang dan Larut), Batang Padang, Kinta dan Manjung. Selain itu, di Kedah pula daerah yang mencatatkan suhu melebihi 35…

Read More

SAM gesa batalkan terus PSI

TANJONG : Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri membatalkan terus Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) walaupun pengecilannya hanya melibatkan pembinaan Pulau A yang dinamakan Pulau Silikon. Presidennya, Meenakshi Raman berkata, tambakan laut seluas 930.8 hektar bagi PSI masih berskala besar dan tetap memberi impak buruk terhadap ekosistem laut. Sehubungan itu, SAM menolak keputusan menturangkan jumlah pulau daripada tiga kepada satu memandangkan kawasan penambakan masih sangat besar, sekali gus menjejaskan kawasan perikanan dan alam sekitar. “Selain itu, ia membabitkan jumlah pengambilan pasir yang banyak dari perairan Pulau Pinang dan Perak…

Read More

Kerajaan Madani digesa tamatkan amalan lapuk

KUALA LUMPUR 11 Mei –  Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Kerajaan Madani menamatkan amalan lapuk membabitkan pembiayaan operasi parti kerajaan dan memberi ganjaran kepada pemimpin melalui jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun. Dalam kenyataannya, Bersih menegaskan kerajaan harus membentuk sistem pendanaan awam parti politik yang demokratik, adil dan berakauntabiliti, berdasarkan keperluan parti kerajaan dan pembangkang. Menurut kenyataan itu, disebabkan konflik kepentingan, pelantikan wakil rakyat ke dalam badan berkanun perlu diminimumkan. Malah mereka yang dilantik perlu tertakluk kepada pemantauan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen rentas parti…

Read More

Penduduk Malaysia 33.2 juta orang

PUTRAJAYA 11 Mei – Bilangan penduduk negara ini dianggarkan mencecah 33.2 juta setakat suku pertama tahun ini, iaitu meningkat sebanyak 1.6 peratus berbanding suku tahun pertama tahun lalu dengan 32.6 juta. Ketua Perangkawan Malaysia,  Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi pada suku tahun pertama tahun ini iaitu Selangor 21.7 peratus diikuti oleh Johor (12.3 peratus) dan 10.4 peratus di Sabah. Katanya, jumlah penduduk ini merangkumi 30.4 juta atau 91.7 juta warga negara dan 2.8 juta atau 8.3 peratus bukan warga negara. “Kenaikan berkenaan disumbangkan oleh…

Read More

Aktiviti keganasan Malaysia turun

PUTRAJAYA 11 Mei – Malaysia merekodkan pencapaian terbaik dalam mendepani aktiviti keganasan apabila berada di kedudukan ke-75 menerusi Indeks Keganasan Global (GTI) tahun lalu, berbanding 68 pada 2021, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, trend aktiviti keganasan di Malaysia juga mencatatkan penurunan dengan hanya dua kes penahanan tahun lalu, berbanding tujuh pada 2021. Bercakap pada satu sidang media di sini, Ahmad Zahid berkata, perangkaan menunjukkan tahap keganasan dan penangkapan dilakukan, tertinggi pada 2016, di mana 126 orang yang disyaki sebagai pengganas ditahan. Angka itu turun kepada 107…

Read More

PSI: Hanya Pulau Silikon dibina

PULAU PINANG: Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran bagi membina tiga pulau buatan, dikecilkan kepada sebuah pulau sahaja iaitu Pulau Silikon atau Pulau A, yang berkeluasan 920 hektar. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata projek penambakan laut membabitkan Pulau B yang berkeluasan 560 hektar dan Pulau C seluas 320 hektar tidak diteruskan. Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas lawatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim baru-baru ini yang meminta supaya kerajaan negeri mengkaji supaya skop projek itu dikecilkan. “Jadinya kerajaan negeri menyahut seruan dengan beberapa pendekatan tersenarai iaitu…

Read More

Kuatkan kedudukan UMNO, jadi lebih relevan

KUALA LUMPUR 11 Mei – Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak anggota parti itu menjayakan tata kelola politik baharu yang matang dan segar agar UMNO menjadi parti berdisiplin, mendahului kepentingan individu, cekap dan efisyen. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, UMNO perlu membuktikan kepada rakyat bahawa parti ini tidak akan sesekali mensia-siakan harapan rakyat. “Kita raikan suara akar umbi, gabungan suara anak muda dan dewasa, membina generasi pelapis masa depan bagi melangkah ke depan,” katanya dalam satu kenyataan bertajuk UMNO Sedang Pulih dan Bangkit sempena Ulang Tahun UMNO ke-77 hari…

Read More

Enam stesen LRT beroperasi semula

KUALA LUMPUR 11 Mei – Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di enam stesen laluan Ampang – Sri Petaling yang dihentikan sejak 2 April lalu akan dibuka semula kepada pengguna bermula pukul 6 pagi esok. Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembukaan semula itu, membabitkan stesen Bandaraya, Sultan Ismail, PWTC, Titiwangsa, Sentul dan Sentul Timur. Pembukaan semula itu susulan kerja pembaikan sementara (fasa pertama) struktur jejambat dan landasan yang rosak berhampiran stesen LRT Bandaraya telah selesai. “Tren-tren yang perlu menjalani proses penyelenggaraan telah dibawa ke…

Read More

Mapim, Yadim terus bersama gerak dakwah

PUTRAJAYA 11 Mei – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) akan terus bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk turun padang melestari gerakan dakwah bersama melalui pelbagai pendekatan dan konsep. Presiden Mapim Azmi Abdul Hamid turut mencadangkan beberapa modul dakwah untuk digunakan dilapangan kelak yang dibangunkan oleh pihaknya. “Saya bersedia untuk membantu, yang saya berhajat dengan Yadim ialah sinergi. Bila bila yang rasa kita boleh bersama, mari, tapi kita kena segera,”, katanya ketika berkunjung ke Yadim semalam. Menurut Facebook Yadim, kedua-dua belah pihak telah beberapa kali bekerjasama dalam program dakwah…

Read More