Kematian di Arab Saudi 5,018

JUMLAH kematian akibat koronavirus Covid-19 di Arab Saudi melebihi 5,000 orang apabila 22 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini, 10 Oktober.

Setakat ini jumlah kumulatif 5,018 kematian.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan juga melaporkan 405 lagi kes positif Covid-19 baharu di seluruh negara itu yang menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 338,944.

Daripada jumlah kes baharu itu, Madinah merekodkan 40 kes diikuti Makkah 36,

Yanbu 24, Hafouf 23, Riyadh 32, dan Damman 10.

Kes aktif pula menunjukkan penurunan iaitu 9,189 kes dengan 842 kritikal berbanding 9,261 kes dan  842 kritikal semalam.

Kementerian juga mengumumkan 455 lagi pesakit telah pulih sepenuhnya yang membawa jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 324,737 orang.

Related posts

Leave a Comment