Tiada tanda faktor semulajadi

KUALA LUMPUR 26 April – Tiada tanda-tanda menunjukkan faktor semula jadi sebagai punca tahah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)  di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin tengah hari semalam.

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan siasatan awal, kebocoran pair air bawah tanah berkemungkinan menyumbang kepada insiden itu.

“Berdasarkan siasatan awal, saya dimaklumkan kebocoran pair air bawah tanah berkemungkinan menyumbang kepada insiden ini.

Buat masa ini, tiada tanda-tanda faktor semula jadi yang dikenal pasti menyebabkan runtuhan.

“Bagaimanapun, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci,” katanya menerusi ciapan di Twitter, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, runtuhan tanah berlaku berdekatan bangunan MACA milik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Duta.

Kejadian turut menyebabkan pondok keselamatan di bangunan berkenaan runtuh.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dilapor berkata berkata Unit Forensik Cerun JKR yang menjalankan siasatan mengenal pasti takungan air disebabkan hujan lebat sejak tiga hari lalu dan paip bawah tanah pecah disyaki  antara punca kejadian itu.

Related posts

Leave a Comment