Pengampunan: Zahid minta bertenang

PUTRAJAYA 30 April – Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Lembaga Pengampunan akan memikirkan waktu paling sesuai bagi membincangkan isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Sehubungan itu, Zahid meminta ahli UMNO bertenang dan menunggu kenyataan lanjut daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku urus setia lembaga terbabit. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sidang Lembaga Pengampunan telah berlalu 28 April lalu dan tiada agenda pengampunan Najib kerana Lembaga Pengampunan memikirkan bahawa akan ada waktu paling sesuai untuk memasukkan agenda itu. “Kita tunggulah sebarang kenyataan daripada…

Read More

Saran pakai pelitup muka

MELAKA 30 April – Kerajaan Melaka menggalakkan orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam termasuk di sekolah, terutama membabitkan mereka yang bergejala Covid-19. Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, berkata langkah itu seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai salah satu usaha mengekang penularan Covid-19 di Melaka. Katanya, walaupun kes jangkitan harian dilaporkan semakin berkurang, Melaka akan mengikuti saranan, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau dikeluarkan KKM sekiranya ada. “Setakat ini, pemakaian pelitup muka di tempat awam hanya disarankan, bukan diwajibkan. Namun…

Read More

Tidak mungkin cecah 40 darjah Celsius

SINGAPURA: Suhu di Singapura tidak mungkin mencecah 40 darjah Celsius dalam tempoh minggu-minggu akan datang ini walaupun negara itu mengalami cuaca panas sejak kebelakangan ini. Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), pihaknya menyedari mesej yang dipercayai memberi amaran kepada penduduk Singapura tentang kemungkinan gelombang haba antara 40 hingga 50 darjah Celsius. Bagaimanapun NEA dalam satu catatan Facebook pada Jumaat lalu menyatakan tidak mungkin suhu mencecah setinggi 40 darjah Celcius. “Walaupun kita mengalami hari-hari dengan cuaca lebih panas sejak beberapa minggu lewat ini, suhu tidak memecah paras rekod,” jelas NEA yang menjelaskan…

Read More