KUALA LUMPUR 25 April – Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) mengosongkan seluruh akademinya dan memindahkan 45 orang susulan tanah runtuh di pintu masuk utamanya tengah hari ini. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), angka itu membabitkan 22 pegawai, 16 pekerja pembersihan dan tujuh penghuni kuarters. “Pengosongan itu dibuat atas nasihat pihak bomba dan akan berterusan sehingga kawasan terbabit diisytiharkan selamat. “Ketika ini, pihak MACA turut bersedia dengan arahan lanjut pihak berkuasa serta akan membuat pemakluman dari semasa ke semasa,” kata satu kenyataan, malam ini. Sehubungan itu, MACA memohon orang ramai…
Read MoreDay: April 25, 2023
Varian baharu itu tidak seganas Delta
PENULARAN varian baharu di India iaitu XBB.1.16 atau dikenali sebagai Arcturus mencetuskan kebimbangan serta menjadi punca peningkatan kes di beberapa buah negara. Menurut pakar, subvarian di bawah keluarga Omicron itu campuran varian BA.2.10.1 dan BA.2.75 dan 1.2 kali ganda lebih menular berbanding varian asalnya, iaitu Omicron. Bagaimanapun, pakar mendapati penularan varian baharu itu tidak seganas Delta yang mencetuskan gelombang kes Covid-19 di Malaysia. Mengulas lanjut mengenai Arcturus, Ketua Teknikal COVID-19 di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Maria Van Kerkhove, berkata walaupun ia merebak dengan mudah, tiada bukti yang menunjukkan varian…
Read More562 kes baharu Covid-19
PUTRAJAYA 25 April – Sebanyak 562 kes baharu Covid-19 direkodkan dengan paling tinggi membabitkan penularan tempatan, iaitu 560 kes dan hanya dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Menurut data yang dikongsikan dalam laman sesawang KKMNOW, jumlah yang dinyatakan itu setakat Sabtu lalu. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes aktif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 14,161 kes dan daripada jumlah itu seramai 13,693 kes atau 96.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah. Selain itu, terdapat 452 kes lagi sudah mendapatkan rawatan di hospital dengan 16 kes…
Read More1,551 nahas hari kelima Op Selamat 20
KUALA LUMPUR 25 April – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam. Menerusi hantaran di Facebook, JSPT memaklumkan jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis. Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam. INI diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” menurut hantaran itu. JSPT turut menasihatkan pengguna jalan…
Read MoreDr. Muhammad Radzi ganti Dr Noor Hisham
PUTRAJAYA 25 April – Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu. Pelantikan Dr Muhammad Radzi yang berkuat kuasa 21 April lalu bagi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada 21 April lalu. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata pelantikan Dr Muhammad Radzi berdasarkan kelayakan dan pengalaman luasnya dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara ini. Katanya, sebelum menjadi Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Dr Muhammad…
Read MoreBerita pilihan …
Panas: Pembenihan awan akhir April
TANJONG 25 April – Operasi pembenihan awan di dua kawasan tadahan air di Pulau Pinang dijangka dilakukan bermula akhir bulan ini bagi mengisi secepat mungkin empangan berkenaan yang kian menyusut hari demi hari. Ini berikutan, kadar efektif air di empangan Air Itam semalam menyusut lagi kepada 44.8 peratus berbanding 46.1 peratus pada Isnin lalu, manakala empangan Teluk Bahang pula merekodkan penyusutan daripada 49.8 peratus kepada 48.6 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan, berkata kadar efektif kedua-dua empangan itu masing-masing sebanyak 82.5 peratus dan…
Read MoreKanak-kanak cuba vape bapa, abang
TANJONG 25 April – Sebilangan besar kanak-kanak mengakui, mereka tidak membeli sebarang peralatan vape atau e-rokok sebaliknya merasa jus cecair vape kepunyaan bapa atau abang yang secara tidak langsung menarik minat bagi mencubanya. Hasil soal selidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati, kanak-kanak berkenaan yang berusia sembilan hingga 12 tahun mengakui mereka mencuba vape dan e-rokok bapa ketika berada di rumah atau dalam kereta. Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis, NV Subbarow, berkata perkara itu didedah oleh kanak-kanak berkenaan ketika program kesedaran merokok, vape dan penggunaan e-rokok yang dijalankan CAP di…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 25.04.2023
Anwar jemput ke Rumah Terbuka Aidilfitri
KUALA LUMPUR 25 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama beliau di enam lokasi bermula bermula Sabtu ini. Jemputan itu dikongsi Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook dan Twitter beliau hari ini. “Semua dijemput hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI bersama YAB Perdana Menteri,” kata Anwar menerusi Facebook. Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama Perdana Menteri akan berlangsung di enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dijadualkan Julai atau Ogos selepas pembubaran enam DUN itu yang dijangka…
Read More