1,551 nahas hari kelima Op Selamat 20

KUALA LUMPUR 25 April – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook, JSPT memaklumkan jumlah itu membabitkan 2,327 kenderaan pelbagai jenis.

Mengikut pecahan jenis kenderaan, kereta mencatatkan angka tertinggi kemalangan iaitu 1,790 atau 76.9 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam.

INI diikuti motosikal (315), kenderaan pacuan empat roda (103), kenderaan pelbagai guna (63), van (43), lori (lapan), bas (tiga) dan dua kes kemalangan melibatkan teksi,” menurut hantaran itu.

JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa peka semasa pemanduan bagi mengelak risiko terlibat dalam kemalangan.

Op Selamat 20 dilaksanakan selama tujuh hari bermula 20 April lepas bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’.

Related posts

Leave a Comment