KUALA LUMPUR 23 April – Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga), sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam tempoh itu, suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius. MetMalaysia dalam satu hantaran Facebooknya memaklumkan kawasan yang terbabit di Semenanjung ialah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan). Di Sabah, kawasan yang terbabit ialah Beaufort dan Nabawan. Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, anda boleh…
Read MoreDay: April 23, 2023
Rumah terbuka Aidilfitri kempen PRN
ALOR SETAR 23 April- Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di enam negeri yang bakal berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan program kempen pilihan raya, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. Sambil menyifatkan ia tidak wajar diadakan, Sanusi berkata, program itu akan membabitkan kos yang tinggi, sedangkan Kerajaan Persekutuan sebelum ini menggalakkan langkah penjimatan dibuat semua pihak. Beliau berkata, jamuan rumah terbuka Aidilfitri untuk rakyat itu sewajarnya diadakan di satu saja lokasi iaitu Seri Perdana yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri atau di sekitar Putrajaya…
Read MoreRumah Terbuka di 6 negeri bakal adakan PRN
KUALA LUMPUR 23 April – Enam negeri yang akan melangsungkan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi akan menjadi tuan rumah siri rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri. Dinamakan sebagai Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, majlis itu akan diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu serta Selangor. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan siri rumah terbuka itu pada tarikh-tarikh yang ditetapkan di lokasi terlibat. Menurut kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, siri rumah terbuka itu akan bermula di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah,…
Read MoreMaro : Jom berniaga
1,147 kes kemalangan hari ketiga
KUALA LUMPUR 23 April – Sebanyak 1,147 kes kemalangan direkodkan pada hari ketiga pelaksanaan Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam. Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), jumlah itu membabitkan 1,720 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripadanya adalah kereta. Statistik jumlah kenderaan terbabit kemalangan jalan raya menunjukkan 1,268 adalah kereta, motosikal (209), pacuan empat roda (4WD) (102), kenderaan pelbagai guna (MPV) (85), van (36), lori (11), bas (tujuh) dan teksi (dua). Dalam satu kenyataan melalui Facebook, hari ini, JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika…
Read MorePRN : Persiapan Pas Kelantan di tahap maksimum
TUMPAT 23 April – Pas sudah membuat persiapan pada tahap maksimum untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk senarai calon sedang dipertimbangkan untuk keputusan akhir, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah. Bagaimanapun katanyq, tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) belum diputuskan dan akan diumumkan nanti oleh Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob. “Di Kelantan kalau ikut Menteri Besar, dua minggu sebelum akhir Jun. Beliau ada sebut dalam mesyuarat, DUN di Kelantan akan tamat tempoh pada 28 Jun depan, justeru kemungkinan (pengumuman pembubaran DUN) dua minggu lebih awal. Jika…
Read MoreMajlis Mengadap dan Berziarah Hari Raya
BANDAR SERI BEGAWAN 23 April : Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat bersama umat Islam dan rakyat Baginda di negara ini bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini semalam. Turut berangkat paduka-paduka anakanda, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pengiran Muda ‘Abdul Malik; dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Solat diimamkan oleh Dato Paduka Seri Setia Awang Salim Besar manakala, Khutbah Hari Raya Aidilfitri disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Paduka Mohammad Tashim Hassan. Dalam khutbahnya…
Read MoreSivakumar patut bercuti tugas menteri
KUALA LUMPUR 23 April – Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Hassan Abdul Karim menyarankan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar bercuti dari tugasnya sehingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selesai menjalankan siasatan terhadap beliau. Hassan yang juga Ahli Parlimen (PH-Pasir Gudang) berkata, tindakan itu menunjukan teladan positif selaras dengan agenda Pakatan Harapan (PH) untuk membasmi rasuah. “Yang Berhormat Menteri tentu lebih faham mengenai prinsip ‘tanggungjawab kolektif’ dan ‘tanggungjawab menteri’ dalam fungsi kerja Jemaah Menteri atau kabinet Kerajaan Persekutuan. “Jangan tunggu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan supaya menteri yang…
Read MoreTol percuma berikutnya esok
KUALA LUMPUR 23 April – Tol percuma bagi semua jenis kelas kenderaan di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri berakhir semalam selepas bermula pada 19 April lalu. Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu kenyataan menerusi Facebook malam tadi memaklumkan tol percuma berikutnya adalah pada Isnin, 24 April. “Sehubungan itu, pastikan baki kad Touch n Go dan e-wallet anda mencukupi sebelum memasuki lebuh raya,” kata kenyataan itu. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebelum ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Tol Rahmah percuma selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya bersempena sambutan…
Read More