Panas: 7 kawasan di tahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR 23 April – Tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga), sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam tempoh itu, suhu maksimum boleh mencecah antara 35 dan 37 darjah Celsius.

MetMalaysia dalam satu hantaran Facebooknya memaklumkan kawasan yang terbabit di Semenanjung ialah Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).

Di Sabah, kawasan yang terbabit ialah Beaufort dan Nabawan.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, anda boleh merujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.

Related posts

Leave a Comment