KUALA LUMPUR 27 Mac – Gara-gara gagal menjawab soalan lisan, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary mendesak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan timbalannya, Lim Hui Ying untuk meletakkan jawatan. Desakan itu dibuat susulan dakwaan beliau yang Hui Ying gagal menjawab soalan ke-16 yang dikemukakannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurutnya, sepanjang penglibatannya dalam sidang Parlimen, beliau tidak pernah melihat perkara itu berlaku dan mendakwa Timbalan Menteri itu tidak kompeten kerana gagal menjawab soalan “Ini adalah pernyataan tegas untuk Timbalan Menteri yang tidak kompeten seperti ini (untuk) meletakkan jawatan.…
Read MoreMonth: March 2023
5 Ramadhan..
Lawat Saudi: PN tunggu penjelasan PM
KUALA LUMPUR 27 Mac – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mengemukakan satu usul kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul bagi meminta penjelasan pihak kerajaan susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Arab Saudi. Usul yang dikemukakan itu antara lain untuk mendapatkan penjelasan kerajaan berkenaan status kuota tambahan jemaah haji sebanyak 10,000 dan penambahan barang dagangan minyak sawit berjumlah 500,000 ton bernilai RM1 bilion yang sudah diperoleh sebelum ini. Katanya, usul itu perlu disegerakan memandangkan lawatan Perdana Menteri yang dilihat dingin dan kurang berimpak…
Read MoreHakim berhijab pertama di AS
PEGUAM Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf yang yang dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab pertama di negara itu. menurut laporan media tempatan Kahf, yang berasal dari Syria dan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah Khamis lalu, dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran. Beliau akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu. Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab. Sejak 2003, beliau sudah menganggotai…
Read MoreBerita pilihan…
Umrah hanya sekali pada Ramadhan
MAKKAH: Jemaah umrah pada bulan Ramadhan tidak dibenarkan mengulang ibadah itu untuk kali kedua. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja. Menukil laporan Saudi Gazette, langkah tersebut bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Kementerian itu juga menegaskan keperluan untuk kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah dan penting untuk mereka hadir pada masa yang ditetapkan. Menurut kementerian tersebut, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah, bagaimanapun para jemaah boleh membatalkan temu janji melalui…
Read MoreZahid dapat semula pasport secara kekal
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Hanipah Farikullah sebulat suara membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu yang menolak permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. Hanipah yang bersidang bersama hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan Lim Chong Fong berkata, panel berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat Ahmad Zahid mempunyai merit. Permohonan semakan Ahmad Zahid itu…
Read MoreMedia Hari Ini Isnin 27.03.2023
PRN: Keyakinan PN bagai mimpi siang hari
BUTTERWORTH 26 Mac – Keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi 15 kerusi Melayu di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dianggap sebagai bermimpi di siang hari, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata pada ketika ini, semakin ramai orang yang bermimpi. “Jadi, elok-eloklah kalau rasa matahari itu tengah panas, mimpi itu terulit apabila tidurnya terlalu nyenyak. Please interpret by yourself’ (sila tafsirkan sendiri makna ayat ini),” katanya ketika diminta mengulas mengenai impian PN bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang…
Read MoreNoraini Ahmad Pengerusi RISDA
BUTTERWORTH 26 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Dr Noraini Ahmad sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu. Beliau menjawab berita yang tular di media sosial semalam berhubung pelantikan Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO untuk menerajui badan berkanun itu. “Ya, saya mengesahkan Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi RISDA,” katanya ringkas ketika diminta mengulas dakwaan lantikan terbabit. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebelum itu mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan…
Read More