Hakim berhijab pertama di AS

PEGUAM Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf yang yang dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab pertama di negara itu.

menurut laporan media tempatan Kahf, yang berasal dari Syria dan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah Khamis lalu, dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran.

Beliau akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu.

Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab.

Sejak 2003, beliau sudah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey, sebuah pertubuhan hak sivil Islam di mana Kahf kini berkhidmat sebagai pengerusi.

Beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial bukan untuk untung yang berpangkalan di bandar Clifton.

Related posts

Leave a Comment