Umrah hanya sekali pada Ramadhan

MAKKAH: Jemaah umrah pada bulan Ramadhan tidak dibenarkan mengulang ibadah itu untuk kali kedua.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja.

Menukil laporan Saudi Gazette, langkah tersebut bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan.

Kementerian itu juga menegaskan keperluan untuk kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah dan penting untuk mereka hadir pada masa yang ditetapkan.

Menurut kementerian tersebut, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah, bagaimanapun para jemaah boleh membatalkan temu janji melalui aplikasi Nusuk sebelum mengeluarkan permit waktu yang baharu.

Kementerian berkenaan turut mengesahkan bahawa aplikasi Nusuk dikemas kini secara berkala.

(Foto Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment