Lawatan ke Saudi ‘kesilapan besar diplomatik’

KUALA LUMPUR 28 Mac – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata kegagalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan rakan sejawatannya dari Arab Saudi semasa lawatan rasminya baru-baru ini hanyalah “kesilapan besar diplomatik”. Beliau berkata, Perdana Menteri tidak patut pergi ke Arab Saudi jika tidak ada jadual yang ditetapkan. “Macam mana pun alasan, (contohnya) yang mengatakan dia (Arab Saudi) minta perdana menteri tinggal sehari dua lagi, lepas itu boleh jumpa. Perdana menteri Malaysia tidak patut pergi ke Arab Saudi kalau tiada jadual tetap, itu saja, itu sahaja yang ada,” kata…

Read More

Tiada soalan berkaitan lawatan PM ke Saudi

KUALA LUMPUR 28 Mac – Dewan Rakyat didakwa menolak soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang ingin tahu hasil lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini. Menurut Wan Ahmad Fayhsal Perdana Menteri telah melepaskan peluang untuk menjelaskan perkara berkenaan. “Seperti yang telah dicabar Pengarah JKOM – saya hadir ke sesi PM Question Time pagi ini. Malangnya soalan saya berkenaan lawatan rasmi YAB Tambun ke Arab Saudi telah ditolak. Tapi saya sudah sediakan “backup plan” semalam iaitu Usul Tergempar…

Read More

5 lagi lebuh raya laksana pembayaran terbuka

PUTRAJAYA 28 Mac – Lima lagi lebuh raya bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka tol bagi memberi pilihan cara pembayaran tol kepada pengguna kenderaan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau memberitahu, lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART serta Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX). Katanya , syarikat konsesi lima lebuh raya itu bersetuju untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem berkenaan, yang akan bermula pada pertengahan September ini. Dalam kenyataan media, beliau…

Read More

Anwar puas hati lawatan ke Kemboja

PHNOM PENH 28 Mac –  Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berpuas hati dengan lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja semalam yang memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin sejak 66 tahun lalu. Katanya, lawatan itu memberi peluang beliau membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau serta antarabangsa dengan rakan sejawatannya, Hun Sen. Bercakap kepada media Malaysia di akhir lawatannya, Anwar berkata, dalam mesyuarat dua hala, Hun Sen turut mempelawa Malaysia supaya menggunakan produk buluh tempatan di sini. Beliau juga berpeluang berbuka puasa dengan 6,000 orang Islam di Kemboja dalam majlis yang dihoskan oleh…

Read More

DAP juga buat laporan polis

KUALA LUMPUR 27 Mac –  Giliran DAP pula membuat laporan polis terhadap Armada Parti Bersatu kerana didakwa membuat laporan palsu terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, baru-baru ini. Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Howard Lee Chuan How, mendakwa laporan polis oleh Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pada Jumaat lalu itu adalah tuduhan palsu dengan niat mengelirukan pihak berkuasa. Tuduhan dilontarkan kepada Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bagan (Guan Eng) berbohong tentang pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary adalah satu tuduhan palsu, liar…

Read More

Malaysia -Kemboja harap tingkat kerjasama

PHNOM PENH 27 Mac – Malaysia dan Kemboja berharap dapat meningkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kemboja berkata isu berkenaan dibincangkan dan menjadi antara keutamaan dibangkitkan semasa mesyuarat dua hala di Istana Keamanan di sini, hari ini. “Perbincangan adalah sangat terperinci dan menyeluruh…menyentuh isu-isu perdagangan dan pelaburan yang menjadi keutamaan dalam hubungan dua hala, selain beberapa isu lain yang menjadi perhatian,” katanya pada sidang media bersama…

Read More

Charles Santiago Pengerusi SPAN

PUTRAJAYA 27 Mac – Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago yang juga aktivis hak asasi manusia dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), berkuat kuasa 20 Mac lalu. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata dengan kepemimpinan baharu itu, beliau berharap ia dapat membantu mencapai objektif agenda Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040). “Saya percaya barisan ini akan mampu memacu SPAN untuk terus kekal menjadi sebuah organisasi yang progresif, proaktif dan disegani dalam pengawal seliaan perkhidmatan air di Semenanjung dan Wilayah…

Read More