NLD pimpinan Suu Kyi bakal bubar

YANGON : Suruhanjaya pilihan raya yang dilantik junta Myanmar mengumumkan parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi akan dibubarkan susulan kegagalan parti itu mendaftar semula. Menurut media tempatan, daripada 90 parti sedia ada, hanya 50 memohon untuk mendaftar semula di bawah undang-undang pilihan raya yang digubal tentera. Tentera mewajarkan rampasan kuasa Februari 2021 dengan mendakwa penipuan yang meluas dalam pilihan raya 2020 yang dimenangi NLD, menamatkan percubaan demokrasi selama 10 tahun dan menjerumuskan negara ke dalam kekacauan. Pada Januari, ia memberi tempoh dua bulan kepada parti politik…

Read More

Ayob Khan Pengarah JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR 29 Mac – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman,  Ayob Khan Mydin Pitchay diumumkan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu. Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan, hari ini berkata, pelantikan itu berkuat kuasa 16 April ini. Pertukaran Ayob Khan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman bagi menggantikan penyandang jawatan itu ketika ini, iaitu Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib pada tarikh berkenaan Ayob Khan yang sebelum ini pernah menjadi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan…

Read More

Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2023

KUALA LUMPUR 28 Mac – Dewan Rakyat hari ini, meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023), selepas rang undang-undang itu selesai dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa, sejak 27 Februari lalu. RUU Perbekalan 2023 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng, malam ini. Sesi undian itu dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan Tinggi selesai, pada pukul 7.05 malam. RUU Perbekalan 2023 adalah belanjawan pertama pentadbiran Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Anwar Ibrahim,…

Read More

Seri Paduka berbuka puasa bersama rakyat

RAUB 28 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berangkat ke majlis berbuka puasa bersama penduduk daerah ini di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini, malam ini. Baginda berdua diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Raja, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Hadir sama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepemimpinan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan. Pada majlis berkenaan Seri Paduka berdua turut meluangkan masa menyantuni…

Read More

Wisma Putra jelas isu PM ke Arab Saudi

PUTRAJAYA 28 Mac – Kementerian Luar Negara (KLN – Wisma Putra) mempertahankan lawatan rasmi  Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang dilakukan secara profesional dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi lawatan rasmi pemimpin ke luar negara. Justeru, Wisma Putra dalam kenyataan media hari ini menyifatkan polemik serta pelbagai tanggapan tidak berasas berhubung isu lawatan Perdana Menteri itu oleh sesetengah pihak di Malaysia adalah atas kepentingan politik sempit. “Isu ini dimainkan secara negatif oleh kelompok tertentu, dan jelas tidak adil kepada Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi kerana perkara-perkara yang dibangkitkan lebih…

Read More

Dr M beri 7 hari Anwar tarik kenyataan fitnah

PUTRAJAYA 28 Mac – Dr Mahathir Mohamad memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya menarik semula kenyataan fitnah dibuat terhadapnya pada Kongres Nasional Khas PKR 2023, baru-baru ini. Bekas Perdana Menteri berkata, notis tuntutan itu sudah diserahkan beliau menerusi Tetuan Rafique melalui serahan tangan ke Pejabat Perdana Menteri, semalam. “Tuduhan dilempar terhadap diri saya iaitu saya ada berbilion ringgit dan agih untuk keluarga saya, anak saya dan sebagainya dan saya adalah seorang ‘scoundrel’ (orang yang jahat). Ini memberi gambaran yang amat buruk terhadap diri saya, ia adalah…

Read More

Ketua negara sambut lawatan rasmi – Dr Mahathir

PUTRAJAYA 28 Mac – Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau tidak pernah disambut ‘pegawai rendah’ sesebuah negara dalam kunjungan rasmi sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Malah bekas Perdana Menteri itu berkata, tiada negara tidak pernah menyambutnya dalam lawatan rasmi. Beliau bagaimanapun tidak pasti mengapa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim gagal mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman dalam lawatan rasmi ke negara itu. “Ya, Ini lawatan rasmi, saya semasa jadi Perdana Menteri membuat lawatan rasmi di banyak negara… tidak ada…

Read More

Badan bebas siasat agensi penguatkuasaan

KUALA LUMPUR 28 Mac –  Jabatan Peguam Negara diarah mengkaji untuk menubuhkan satu badan bebas sebagai mekanisme bagi menyiasat dakwaan atau tuduhan terhadap semua agensi penguatkuasaan, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana jika ada sebarang tuduhan, ada badan bebas untuk menyiasat semua agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen, Kastam atau polis. “Tetapi sudah ada arahan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kemuka cadangan supaya badan penguatkuasaan ini tak siasat sendiri, tetapi ada badan lain bebas yang akan menyiasat dan perkara ini saya rasa…

Read More

Tangani 130,000 ketua isi rumah miskin tegar

KUALA LUMPUR 28 Mac – Perdana Menteri Anwar Ibrahim yakin sebanyak 130,000 ketua isi rumah miskin tegar akan dapat ditangani dan dinoktahkan pada tahun ini. Katanya, setakat 15 Mac lalu, sebanyak 123,243 ketua isi rumah miskin tegar sudah dapat dikenal pasti oleh kerajaan untuk dibantu. “Bagaimanapun, saya sengaja letakkan jumlah sebanyak 130,000 ketua isi rumah ini kerana kemungkinan jumlahnya akan bertambah. Jika ikut keupayaan jabatan kita mampu menangani dan menoktahkan (isu miskin tegar),” katanya. Beliau menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat yang ingin…

Read More