DAP juga buat laporan polis

KUALA LUMPUR 27 Mac –  Giliran DAP pula membuat laporan polis terhadap Armada Parti Bersatu kerana didakwa membuat laporan palsu terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng, baru-baru ini. Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Howard Lee Chuan How, mendakwa laporan polis oleh Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, pada Jumaat lalu itu adalah tuduhan palsu dengan niat mengelirukan pihak berkuasa. Tuduhan dilontarkan kepada Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Bagan (Guan Eng) berbohong tentang pengecualian cukai kepada Yayasan Al-Bukhary adalah satu tuduhan palsu, liar…

Read More

Malaysia -Kemboja harap tingkat kerjasama

PHNOM PENH 27 Mac – Malaysia dan Kemboja berharap dapat meningkatkan kerjasama dalam sektor pelaburan, industri halal, teknologi digital, pendidikan dan pertahanan bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kemboja berkata isu berkenaan dibincangkan dan menjadi antara keutamaan dibangkitkan semasa mesyuarat dua hala di Istana Keamanan di sini, hari ini. “Perbincangan adalah sangat terperinci dan menyeluruh…menyentuh isu-isu perdagangan dan pelaburan yang menjadi keutamaan dalam hubungan dua hala, selain beberapa isu lain yang menjadi perhatian,” katanya pada sidang media bersama…

Read More

Charles Santiago Pengerusi SPAN

PUTRAJAYA 27 Mac – Bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago yang juga aktivis hak asasi manusia dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), berkuat kuasa 20 Mac lalu. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata dengan kepemimpinan baharu itu, beliau berharap ia dapat membantu mencapai objektif agenda Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040). “Saya percaya barisan ini akan mampu memacu SPAN untuk terus kekal menjadi sebuah organisasi yang progresif, proaktif dan disegani dalam pengawal seliaan perkhidmatan air di Semenanjung dan Wilayah…

Read More

Timbalan Menteri gagal jawab soalan

KUALA LUMPUR 27 Mac –  Gara-gara gagal menjawab soalan lisan, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary mendesak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan timbalannya, Lim Hui Ying untuk meletakkan jawatan. Desakan itu dibuat susulan dakwaan beliau yang Hui Ying gagal menjawab soalan ke-16 yang dikemukakannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. Menurutnya, sepanjang penglibatannya dalam sidang Parlimen, beliau tidak pernah melihat perkara itu berlaku dan mendakwa Timbalan Menteri itu tidak kompeten kerana gagal menjawab soalan “Ini adalah pernyataan tegas untuk Timbalan Menteri yang tidak kompeten seperti ini (untuk) meletakkan jawatan.…

Read More

Lawat Saudi: PN tunggu penjelasan PM

KUALA LUMPUR 27 Mac – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini mengemukakan satu usul kepada Speaker Dewan Rakyat,  Johari Abdul bagi meminta penjelasan pihak kerajaan susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ke Arab Saudi. Usul yang dikemukakan itu antara lain untuk mendapatkan penjelasan kerajaan berkenaan status kuota tambahan jemaah haji sebanyak 10,000 dan penambahan barang dagangan minyak sawit berjumlah 500,000 ton bernilai RM1 bilion yang sudah diperoleh sebelum ini. Katanya, usul itu perlu disegerakan memandangkan lawatan Perdana Menteri yang dilihat dingin dan kurang berimpak…

Read More

Hakim berhijab pertama di AS

PEGUAM Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf yang yang dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab pertama di negara itu. menurut laporan media tempatan Kahf, yang berasal dari Syria dan seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah Khamis lalu, dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran. Beliau akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu. Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab. Sejak 2003, beliau sudah menganggotai…

Read More

Umrah hanya sekali pada Ramadhan

MAKKAH: Jemaah umrah pada bulan Ramadhan tidak dibenarkan mengulang ibadah itu untuk kali kedua. Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan para jemaah dibenarkan untuk mengerjakannya hanya sekali sahaja. Menukil laporan Saudi Gazette, langkah tersebut bagi memberi peluang kepada jemaah lain untuk menunaikan umrah pada bulan Ramadhan. Kementerian itu juga menegaskan keperluan untuk kesemua jemaah mendapatkan permit daripada aplikasi Nusuk bagi menunaikan umrah dan penting untuk mereka hadir pada masa yang ditetapkan. Menurut kementerian tersebut, tiada ciri khas untuk meminda tarikh umrah, bagaimanapun para jemaah boleh membatalkan temu janji melalui…

Read More

Zahid dapat semula pasport secara kekal

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi di luar negara. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim  Hanipah Farikullah sebulat suara membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk menyemak keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Februari lalu yang menolak permohonan beliau untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. Hanipah yang bersidang bersama hakim  Ahmad Zaidi Ibrahim dan Lim Chong Fong berkata, panel berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat Ahmad Zahid mempunyai merit. Permohonan semakan Ahmad Zahid itu…

Read More