Keputusan MCA secara kolektif

REMBAU 20 April – Pendirian MCA tidak akan membantu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu,sekiranya calonnya bukan dalam kalangan wakil Barisan Nasioonal (BN) dibuat secara kolektif, kata Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong

Katanya, MCA  sudah pun menyampaikan cadangan supaya calon PRK Kuala Kubu Bharu harus dipilih dalam kalangan BN kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Timbalannya,  Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, beliau berkata, pendirian itu juga sudah dipersetujui parti berkenaan sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Politik MCA berlangsung di ibu pejabat parti itu semalam.

“Sebelum mesyuarat Jawatankuasa Biro Politik MCA semalam, pihak kami telah nyatakan lebih awal supaya calon PRK Kuala Kubu Bharu harus daripada BN.,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Luar merangkap Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan di sini hari ini.

Semalam, Biro Politik MCA membuat keputusan bahawa sekiranya kali ini bukanlah calon BN, maka MCA tidak akan membantu dalam PRK Kuala Kubu Bharu.

Ka Siong bagaimanapun tidak mahu mengulas lebih lanjut perkara berkenaan kerana ia sudah memadai untuk menyatakan pendirian parti itu.

“Itu pendirian ringkas kita, tak perlu nak ulas lagi,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong mewakili Pakatan Harapan (PH) pada 21 Mac lalu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pada 11 Mei sebagai tarikh pengundian, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.

Related posts

Leave a Comment