PRN: Keyakinan PN bagai mimpi siang hari

BUTTERWORTH 26 Mac – Keyakinan Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi 15 kerusi Melayu di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dianggap sebagai bermimpi di siang hari, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata pada ketika ini, semakin ramai orang yang bermimpi. “Jadi, elok-eloklah kalau rasa matahari itu tengah panas, mimpi itu terulit apabila tidurnya terlalu nyenyak. Please interpret by yourself’ (sila tafsirkan sendiri makna ayat ini),” katanya ketika diminta mengulas mengenai impian PN bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), yang…

Read More

Noraini Ahmad Pengerusi RISDA

BUTTERWORTH 26 Mac – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan Dr Noraini Ahmad  sebagai Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang baharu. Beliau menjawab berita yang tular di media sosial semalam berhubung pelantikan Ahli Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Wanita UMNO untuk menerajui badan berkanun itu. “Ya, saya mengesahkan Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi RISDA,” katanya ringkas ketika diminta mengulas dakwaan lantikan terbabit. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebelum itu mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan…

Read More

Asyraf Wajdi layak Pengerusi Mara

BUTTERWORTH: Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, mempertahankan pelantikan  Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara). Katanya, pelantikan itu dibuat bersandarkan kelulusan dan pengalamannya, dengan memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam perbankan Islam dan menyertai sektor perbankan Islam sebelum menceburi politik. Berikutan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyatakan adalah rugi jika bekas Ketua Pemuda UMNO itu tidak dilantik dengan kelulusan serta pengalamannya untukk membantu Mara. “Beliau bukan hanya seorang ahli politik, sebaliknya berada dalam sektor perbankan sebelum ke bidang politik,” katanya…

Read More

Jawab segera surat tawaran haji

KUALA LUMPUR 26 Mac –  Semua 31,600 bakal haji diminta untuk segera menjawab surat tawaran haji bagi musim haji 1444H/2023M yang dikeluarkan Lembaga Tabung Haji (TH) bermula Rabu lalu. Pengarah Eksekutif Haji, Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang sudah dikeluarkan. “Pihak kami memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk menjawab sama ada setuju atau tidak untuk menerima tawaran haji tahun ini dalam masa tujuh hari bekerja dari tarikh surat berkenaan,” katanya…

Read More

J-KOM jawab isu lawatan PM ke Saudi

LAWATAN PM KE ARAB SAUDI: APA ISUNYA YANG DIKECOHKAN? 1. Selama tiga hari, setelah hanya empat bulan menjadi PM, DSAI melakukan lawatannya ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023. 2. Pulang sahaja kelmarin, pembangkang membangkitkan tiga isu untuk menunjukkan lawatan PM dan delegasinya ke Arab Saudi gagal. 3. Tiga isu tersebut ialah: (i) PM disambut oleh gabenor Jeddah sahaja, (ii) tidak dibawa masuk Kaabah; (iii) tiada pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota Mohammed Salman. 4. Bagi menyedapkan lagi cerita, mereka membandingkan kejayaan lawatan TSMY dengan DSAI. Kata…

Read More

8.8 juta penduduk diancam kebuluran

ADDIS ABABA: Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 8.8 juta penduduk Semenanjung Afrika Timur merangkumi Ethiopia, Somalia dan Kenya, diancam kebuluran. Ini berikutan sekurang-kurangnya 9.5 juta haiwan ternakan mati sejak kemarau panjang bermula, menghapuskan sama sekali punca pendapatan dan sumber makanan utama yang berzat bagi masyarakat petani ini. Justeru, WFP memerlukan AS$2.4 bilion (RM10.6 bilion) tahun ini untuk menunaikan tanggungjawab memberi bantuan makanan kepada 8.8 juta orang yang terjejas akibat kemarau panjang itu. Dalam laporan Jumaat lalu, WFP berkata, kemarau akibat lima musim hujan…

Read More

‘Dulu tiga orang makan sedulang’

TAPAH 26 Mac – Rundingan kerusi antara parti dalam Kerajaan Perpaduan adalah cabaran terbesar bagi semua parti dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong. “Sebelum ini hanya tiga orang makan Nasi Ambeng dalam dulang. Sekarang parti di bawah Kerajaan Perpaduan lebih besar. Jadi, kita perlu lihat dan bincang secara menyeluruh,” katanya. Beliau bagaimanapun berkata, perkara itu sudah dibincangkan ketika mesyuarat kedua Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada 19 Mac lalu dan rundingan masih berjalan sebelum dimuktamadkan pada pertengahan April. “Apa pun, kita tunggu sehingga rundingan…

Read More

Lawatan kukuh hubungan Putrajaya-Riyadh

PUTRAJAYA 26 Mac – Lawatan Anwar Ibrahim ke Arab Saudi baru-baru ini sangat berhasil kerana mengukuhkan hubungan antara Putrajaya-Riyadh dalam masa singkat sebagai Perdana Menteri ke-10, iaitu memasuki bulan keempat. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi, berkata ada cubaan pihak tertentu untuk menggariskan lawatan berkenaan sebagai gagal dan membazirkan dana rakyat. “Saya mengambil maklum terhadap suara-suara daripada beberapa pihak berkepentingan yang sengaja mempolitikkan isu lawatan berkenaan dan saya terpanggil untuk menjelaskan perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau yang turut serta dalam lawatan itu berkata, jadual perdana menteri…

Read More

Banjir : Dua PPS terakhir ditutup

JOHOR BAHRU 26 Mac – Bencana banjir di Johor sejak 28 Februari lalu berakhir secara rasmi tengah hari ini apabila 141 mangsa banjir yang berlindung lebih empat minggu di pusat pemindahan sementara (PPS) dibenarkan pulang pukul 12 tengah hari ini. Berikutan itu dua PPS terakhir ditutup iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan yang menempatkan 62 mangsa daripada 15 keluarga, manakala Dewan Orang Ramai Yong Peng mempunyai 79 mangsa daripada 22 keluarga. Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Johor dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit terutama anggota penyelamat,…

Read More