KUALA LUMPUR 16 Mac – Data Kaspersky, syarikat keselamatan siber dan privasi digital global menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-10 dalam kalangan 20 negara teratas sasaran e-mel hasad atau berniat jahat pada 2022. Laporan Spam dan Pancing Data Kapersky 2022 menunjukkan Malaysia mencatat 2.98 peratus daripada kesemua lampiran e-mel hasad di peringkat global, meningkat daripada 2.62 peratus pada tahun sebelumnya. Dalam kalangan negara serantau, Vietnam berada pada kedudukan keenam dengan 4.43 peratus daripada hantaran mel hasad yang dikesan, manakala Indonesia di tempat ke-15 dengan 1.85 peratus. Menurut Kaspersky, sejumlah 48.63…
Read MoreDay: March 16, 2023
Penjara 3 tahun kesalahan menghendap
KUALA LUMPUR 16 Mac – Hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya, boleh dikenakan terhadap mereka yang sabit kesalahan menghendap. Peruntukan itu terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan RUU itu bersama RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023. RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk mewujudkan peruntukan bagi kesalahan menghendap. Ia…
Read MorePecat AJK masjid, surau undang penceramah tanpa tauliah
ISKANDAR PUTERI 16 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan, ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan surau di negeri ini akan dipecat, jika membenarkan penceramah tanpa tauliah memberikan ceramah di Johor. Titah baginda, semua ahli jawatankuasa masjid dan surau yang hendak menganjurkan ceramah agama wajib mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui Pejabat Kadi Daerah. Baginda juga mengingatkan mana-mana penceramah yang hendak menyampaikan ceramah di negeri ini perlu memiliki tauliah daripada MAINJ. Bertitah merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-15 di Bangunan Sultan Ismail,…
Read MoreLapor polis pastikan siapa “Deepak”
KUALA LUMPUR 16 Mac – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Dr Wee Ka Siong, menggesa Deepak Jaikisha membuat laporan polis jika ada individu yang menyamar dan menggunakan namanya berhubung isu telur yang dibangkitkan di Dewan Rakyat. “Saya akan bagi semua maklumat dan syarikat telekomunikasi pun boleh bekerjasama. “Saya pun nak tahu kenapa individu ini tahu semua perkara tersebut dan kandungan surat peguam,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Ka Siong semalam ketika berbahas di Dewan Rakyat memaklumkan menerima panggilan daripada individu yang menggelarkan dirinya sebagai Deepak…
Read MoreBerita pilihan..
MRT laluan Putrajaya percuma sehingga 31 Mac
PUTRAJAYA 16 Mac – Mulai hari ini sehingga 31 Mac, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya bermula pukul 3 petang ini. Perkhidmatan percuma itu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral. Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion. Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan,…
Read MoreKomanwel bincang kemasukan semula Zimbabwe
PUTRAJAYA 16 Mac – Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) yang berlangsung di Marlborough House, London turut membincangkan status permohonan kemasukan semula Zimbabwe sebagai anggota Komanwel. Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Zambry Abd Kadir yang mewakili Malaysia berkata mesyuarat juga membincangkan isu-isu berkepentingan bersama dan situasi pelbagai negara anggota Komanwel. “Saya telah menekankan bahawa adalah tidak wajar bagi pendekatan ’one size fits all’ digunakan dalam menggalakkan negara-negara menerima pakai prinsip demokrasi, kedaulatan undang undang dan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia. Malaysia juga bersedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara…
Read More