MRT laluan Putrajaya percuma sehingga 31 Mac

PUTRAJAYA 16 Mac – Mulai hari ini sehingga 31 Mac, perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya bermula pukul 3 petang ini.

Perkhidmatan percuma itu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral.

Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.

Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.

Related posts

Leave a Comment