SINGAPURA 15 Mac – Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) membatalkan cadangan awal membenarkan solat tarawih di 27 kolong flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan dewan serbaguna sepanjang Ramadan ini. Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen dalam satu kenyataan hari ini menyatakan keputusan itu dibuat setelah mendapati bahawa terdapat cukup tempat bagi para jemaah menunaikan solat tarawih di masjid-masjid. Keputusan itu juga berdasarkan penilaian MUIS terhadap trend solat tarawih sebelum pandemik Covid-19 dan setelah solat itu disambung semula dalam tahun 2021 serta tahun lalu. Sebelum ini, sebagai persiapan awal, MUIS dan…
Read MoreDay: March 15, 2023
Tolak Islamofobia, keganasan
KUALA LUMPUR 15 Mac – Islamofobia dan semua tindakan kebencian serta keganasan terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan, mesti ditolak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, bagi mencapai tujuan itu, Malaysia bersedia untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa secara konstruktif dan kolektif. “Malaysia dengan sepenuh hati menyertai masyarakat dunia dalam memperingati Hari Antarabangsa untuk Memerangi Islamofobia pada 15 Mac. “Ini bukanlah suatu hari yang patut diraikan tetapi merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia dan keperluan tindakan untuk menangani Islamofobia,” katanya dalam catatan di Facebook, hari ini. Pada masa…
Read MoreBeri BN peluang selesai masalah Kelantan
KOTA BHARU 15 Mac – Beri BN, UMNO dan gabungan parti untuk tempoh lima tahun bagi menyelesaikan beberapa perkara di Kelantan termasuk masalah bekalan air. Itu permintaan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan. “Bagi saya di Kelantan ini masalah air mesti diselesaikan, itu janji UMNO dan BN yang wajib diselesaikan,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri. Beliau berkata sekiranya UMNO dan BN menjadi pilihan, pihaknya akan tetap meneruskan dasar-dasar baik yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri ketika ini. “Jadi dalam keadaan ini, pengundi Kelantan…
Read MoreSah Ahmad Jazlan Pengerusi Felcra
KOTA BHARU 15 Mac – Selepas pelantikan ditangguhkan pada 21 Disember lalu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Mac lepas. Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelantikan semula Ahmad Jazlan adalah berikutan keupayaan dan prestasi yang ditunjukkannya sebagai pengerusi agensi itu sebelum ini. Presiden UMNO itu mengumumkan demikian pada Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 peringkat negeri Kelantan, di sini hari ini. “Saya telah umumkan secara berperingkat…
Read MoreBerita pilihan…
Potong gaji anak hantar ibu bapa ke pusat jagaan
KUALA LUMPUR 15 Mac – Anak yang menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan mungkin dikenakan potongan gaji berikutan penggubalan akta khusus bagi melindungi warga emas di negara ini. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Aiman Athirah Sabu berkata, pihak Kementerian sedang meneliti kesesuaian undang-undang berkenaan. Katanya, penggubalan akta itu dilihat sebagai langkah positif bersifat holistik untuk melindungi warga emas di negara ini. “Antara kandungan akta berkenaan ialah melindungi kebajikan, hak asasi dan memperkasa warga emas serta ahli keluarga dan komuniti. Ia bertujuan mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk…
Read MoreJumlah mangsa banjir Johor turun
JOHOR BAHRU 15 Mac – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 36,086 orang setakat pukul 8 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah. JPBN dalam satu kenyataan turut menyatakan daerah Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar 111, Segamat 102 dan Tangkak 24. Pada masa yang sama, JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan…
Read More