Jumlah mangsa banjir Johor turun

JOHOR BAHRU 15 Mac – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus menunjukkan penurunan dengan merekodkan 36,086 orang setakat pukul 8 pagi ini berbanding 37,503 orang direkodkan pada 8 malam tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),  sebanyak 10,157 keluarga masih ditempatkan di 116 pusat pemindahan sementara di empat daerah.

JPBN dalam satu kenyataan turut menyatakan daerah Batu Pahat mencatatkan mangsa teramai iaitu 35,849 orang diikuti Muar 111, Segamat 102 dan Tangkak 24.

Pada masa yang sama, JPBN memaklumkan dua sungai di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok setinggi 19.24 meter dan Sungai Senggarang di Senggarang setinggi 3.58 meter.

Sementara itu cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini.

Related posts

Leave a Comment