Pengalaman sangat luar biasa

WASHINGTON: Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyifatkan sebagai ‘pengalaman yang sangat luar biasa’, selepas terselamat daripada cubaan membunuhnya pada Sabtu lalu.

Dalam satu temu bual bersama New York Post, Trump 78 dengan pembalut putih menutup telinga kanannya.memberitahu beliau ‘sepatutnya mati’.

“Saya tidak sepatutnya berada di sini, saya sepatutnya sudah mati,” kata Trump dalam satu temu bual di atas pesawatnya dalam perjalanan ke Milwaukee untuk Konvensyen Kebangsaan Republikan.

Trump memberitahu New York Post, beliau pasti mati sekiranya tidak menyengetkan sedikit kepalanya ke kanan untuk membaca carta mengenai pendatang tanpa izin semasa berucap pada perhimpunan itu.

“Nasib baik atau ketentuan Tuhan, ramai orang berkata kerana Tuhan saya masih di sini,” katanya.

Trump juga memuji ejen Perkhidmatan Rahsia kerana membunuh penembak.

“Mereka membunuhnya dengan satu tembakan tepat di antara matanya.

Mereka melakukan tugas dengan sangat hebat. Ia nyata untuk kita semua,” katanya.

Imej Trump mengangkat genggaman penumbuk ketika ejen Perkhidmatan Rahsia membawanya pergi menjadi muka depan di seluruh dunia dan tular di media sosial.

“Ramai orang mengatakan ia gambar paling ikonik yang pernah mereka lihat,” katanya sabil menambah “Biasanya anda perlu mati untuk mempunyai gambar ikonik,”.

Trump berkata selepas percubaan untuk membunuhnya, beliau sedang menulis semula ucapan yang sudah disediakannya untuk konvensyen Republikan.

Katanya, beliau sudah menyediakan ucapan yang sangat ‘keras’ mengenai pentadbiran (Joe) Biden yang amat teruk.

“Namun, saya membuangnya, dengan harapan beliau akan ‘menyatukan negara kita’ tetapi saya tidak tahu sama ada itu mungkin menjadi kenyataan. Orang ramai sudah berpecah belah,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment