KUALA LUMPUR 12 Mac – Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil menerima kekalahan dengan hati terbuka selepas gagal untuk kembali memegang jawatan yang ditinggalkannya pada 2018 itu. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dalam kemas kini di laman Facebook semalam, turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad kerana berjaya mengekalkan jawatan itu. Beliau berharap Noraini akan membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang. “Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Noraini atas kemenangan beliau dan mengekalkan selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia. “Saya…
Read MoreDay: March 12, 2023
Hanya jawatan Naib Ketua Pemuda belum disahkan
KUALA LUMPUR 12 Mac – Secara tidak rasmi, jawatan utama bagi Wanita, Pemuda dan Puteri telah disahkan dimenangi calon yang bertanding manakala jawatan Naib Ketua Pemuda berlaku persaingan sengit. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Shahrir Samad mengesahkan sehingga 8 malam, Ibu Pejabat UMNO masih menunggu lebih kurang lapan bahagian menghantar jumlah pengundian. “Jumlah dan keputusan pengundian telah dihantar bahagian-bahagian ke Ibu Pejabat UMNO. Kita dapat lihat keputusan tidak rasmi sehingga jam 8.00 malam ini. “Pada peringkat ketua-ketua Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda mahupun Puteri sudah kelihatan jelas keputusannya meskipun tinggal…
Read MoreJika menang MB Bersatu tadbir Selangor, Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR 12 Mac – Menteri Besar daripada Bersatu akan mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan jika parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri, kata Presidennya, Muhyiddin Yassin. Mengenai Pulau Pinang, Muhyiddin berkata, perkara itu akan diperhalusi dan diteliti bagaimana situasinya walaupun, mungkin ada pihak berkata sukar untuk menang tetapi tidak sukar untuk mengurangkan majoritinya. “Yang lain-lain kita dah dengar sendiri tentang azam, tekad dan iltizam daripada ahli parti yang agak nyata dan jelas. Bersatu juga sudah bersedia untuk menghadapi apa juga cabaran daripada mana-mana pihak sekali pun,” katanya.…
Read MoreMuhyiddin tidak mohon maaf pada Guan Eng
KUALA LUMPUR 12 Mac – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin tidak akan membuat permohonan maaf terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang dikaitkan dengan isu cukai Yayasan Albukhary ketika beliau menjadi Menteri Kewangan. Sebaliknya, Presiden Bersatu itu mencabar Guan Eng untuk menjelaskan perkara berhubung cukai itu kerana maklumat yang diperoleh beliau adalah sahih. “Apa yang beliau boleh buat daripada mencabar saya adalah jelaskan perkara itu. Sebab apa yang saya dapat ketika permohonan itu dibuat (pengecualian cukai) kepada saya melalui Kementerian Kewangan adalah ia diluluskan (kepada Yayasan Albukhary) ketika pemerintahan…
Read MoreAnak Presiden UMNO lapor Jawatankuasa Pemilihan
KUALA LUMPUR 12 Mac – Nurulhidayah Ahmad Zahid, mendakwa wujud pelanggaran etika ketika proses pemilihan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk semalam. Anak kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi itu, mendakwa pelanggaran itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar. Beliau yang tewas dalam persaingan itu turut berkongsi tangkap layar perbualan di aplikasi WhatsApp melalui Facebooknya hari ini. “WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu. “Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum…
Read MoreElak berpolitik secara berlebihan
ALOR SETAR 12 Mac – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, menitahkan agar kerajaan negeri dan Persekutuan mengelak berpolitik secara berlebihan sebaliknya hendaklah sentiasa berusaha menjaga hubungan antara satu sama lain. Baginda percaya pentingnya keharmonian hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan agar fokus terhadap penyelesaian isu dan permasalahan rakyat tidak terjejas. “Negara, negeri dan rakyat memerlukan kestabilan politik untuk memperoleh manfaat melalui pembangunan projek ekonomi dan program kesejahteraan rakyat yang dirancang,” titah baginda. Justeru baginda berharap tahap profesionalisme tinggi antara kerajaan negeri dan Persekutuan dapat diteruskan serta perbincangan dalam menjayakan…
Read MoreDana : Zahid sahut cabaran Muhyiddin
JOHOR BAHRU 12 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan kesediaannya disiasat terhadap apa juga pertuduhan termasuk berkaitan dana politik yang dibangkitkan oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Kesediaan itu susulan cabaran Muhyiddin kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), supaya turut menyiasat punca dana politik yang diberikan kepada PKR dan UMNO. Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut meminta Muhyiddin supaya menghadapi pertuduhan terhadapnya dengan hati yang terbuka. “Saya sentiasa terbuka. Saya pernah disiasat dan pernah dibawa ke mahkamah. Saya besedia pada bila-bila masa. Tetapi…
Read MoreAsyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara
KOTA TINGGI 12 Mac – Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pelantikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu berkuat kuasa Jumaat lalu. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah turut memaklumkan beliau sendiri menyerahkan watikah pelantikan kepada Asyraf Wajdi di pejabat kementerian itu, kelmarin. “(Asyraf Wajdi) telah dilantik, bukan desas desus lagi. Beliau telah dilantik dan saya telah watikahkannya, pada hari Jumaat yang lalu (kelmarin),” jawabnya ringkas. Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan lawatan…
Read MoreSiasat juga dana diperoleh PKR, UMNO
KUALA LUMPUR 12 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya turut menyiasat punca dana politik diberikan kepada PKR dan UMNO seperti yang dikenakan ke atas Bersatu. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, agensi penguat kuasa itu tidak seharusnya menumpukan punca dana Bersatu sahaja kerana parti lain turut menerima dana politik daripada pihak tertentu. “Saya nak cabar SPRM untuk siasat, siasat presiden PKR dan presiden UMNO. Siasat di mana punca dana yang diterima oleh UMNO dan PKR. Di manakah sumber (dana) yang mereka peroleh. “Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, Perdana…
Read MorePerwakilan Bersatu tolak peletakan jawatan Presiden
KUALA LUMPUR 12 Mac – Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu kali kelima yang berlangsung hari ini meluluskan usul menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu. Usul yang dibentangkan oleh Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu itu dipersetujui dan mendapat tepukan gemuruh oleh lebih 2,000 perwakilan yang hadir di Dewan Wawasan, ibu pejabat Parti Gerakan di sini. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, menyokong usul itu yang kemudiannya disahkan oleh Mohd Suhaimi Abdullah. Ahmad Faizal berkata, pengorbanan Muhyiddin tidak boleh dipertikaikan kerana pelbagai tekanan sudah dikenakan keatas beliau termasuklah…
Read More