MPT Bersatu tolak peletakan jawatan Muhyiddin

PETALING JAYA 11 Mac – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju mengekalkan kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti itu, kata Setiausaha Agung,  Hamzah Zainuddin. Dalam satu kenyataan malam ini, keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas MPT Bersatu hari ini. “MPT sebulat suara menolak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu. “Ini kerana MPT menegaskan bahawa pertuduhan ke atas Muhyiddin dibuat atas jawatan beliau sebagai Presiden Bersatu dan bukannya pertuduhan atas kapasiti peribadi,” katanya yang memaklumkan mesyuarat khas itu dipengerusikan Muhyiddin. Hamzah berkata, barisan MPT memohon semua ahli…

Read More

Akmal menang Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR 11 Mac –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, dilaporkan secara tidak rasmi memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan yang berlangsung hari ini. Keputusan tidak rasmi menunjukkan beliau memperoleh 102 undi daripada 189 bahagian yang menjalankan pemilihan bagi sayap pergerakan UMNO itu, menewaskan tiga pencabar lain. Pencabarnya, bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Shahar Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar memperoleh 15 undi manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah, mendapat enam undi. Seorang lagi calon iaitu…

Read More

Banjir di Johor catat penurunan

JOHOR BAHRU 11 Mac – Banjir di Johor terus menunjukkan penurunan setakat pukul 8 malam ini apabila jumlah mangsa berkurang kepada 42,770 orang melibatkan 12,159 keluarga, berbanding 43,793 orang (12,465 keluarga) pada pukul 4 petang. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 154 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang masih terjejas. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, sebanyak lapan PPS ditutup sehingga malam ini. “Kini tinggal Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat yang…

Read More

Siapa terajui Wanita, Pemuda dan Puteri?

KUALA LUMPUR: Siapa bakal memimpin Pergerakan Wanita UMNO, Pemuda dan Puteri akan diketahui hari ini apabila pemilihan bagi ketiga-tiga sayap berkenaan berlangsung dengan proses pengundian para perwakilan seluruh Malaysia. Tempoh pengundian bagi pemilihan UMNO 2023 peringkat sayap hari ini dilanjutkan sehingga pukul 7 malam khusus bagi bahagian UMNO yang terkesan banjir. Bagi pemilihan peringkat sayap-sayap parti merangkumi Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat pusat hari ini, seramai 266 calon bakal bersaing merebut 15 jawatan dipertandingkan. Pemilihan itu akan berlangsung serentak dengan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda serta Puteri Bahagian…

Read More

Armada Bersatu kini ada 120,756 anggota

KUALA LUMPUR 11 Mac – Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika kini mencatatkan jumlah keanggotaan seramai 120,756 orang, kata Penolong Setiausaha Armada, Muhammad Faiz Rahmad. Beliau berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 11,637 orang berbanding 109,119 pada tahun sebelumnya dan secara keseluruhan sayap parti itu mempunyai 173 bahagian. Katanya, terdapat pertambahan yang sangat positif untuk keahlian Armada dan program akan  diperbanyakkan lagi pada masa akan datang. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Agung Armada di sini hari ini, iaitu perhimpunan kali keempat yang menyaksikan seramai…

Read More

Bersatu perlu gagas naratif Melayu baharu

KUALA LUMPUR 11 Mac – Bersatu perlu menggagaskan naratif Melayu baharu yang akan digunakan sebagai persediaan menghadapi realiti politik semasa, kata Ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Beliau berkata, ini kerana, realiti politik Melayu kini berada dalam era kemerosotan dengan pengaruh di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat semakin mengecil bermula 2018. Ketua Biro Politik Armada Bersatu itu mendakwa, kemerosotan itu turut didorong faktor kerjasama antara UMNO dan DAP yang disifatkan sebagai pengkhianatan terbesar serta hipokrasi politik Melayu. Menurut Wan Ahmad Fayhsal , representasi orang Melayu dalam…

Read More

251 kes harian Covid-19, tiada kematian baharu

PUTRAJAYA 11 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan sedikit penurunan dengan merekodkan 251 termasuk satu kes import berbanding 279 termasuk enam kes import kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 5,044,969 yang meliputi 5,006,255 kes tempatan dan 38,714 kes import. Jumlah kematian pula kekal 36,967 orang termasuk 7,877 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) berikutan tiada kes baharu dilaporkan semalam. Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,350 berbanding 9,296 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,012 kes atau 96.4 peratus…

Read More

Banjir di Batu Pahat makin buruk

JOHOR BAHRU 11 Mac – Situasi banjir di daerah Batu Pahat semakin buruk apabila 632 mangsa lagi dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) malam tadi, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani. Dengan pertambahan itu, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 44,937 orang melibatkan 12,730 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 44,089 dari 12,486 keluarga petang semalam. Dr Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam satu kenyataan berkata, semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 172 PPS di lima daerah terjejas. Lima daerah yang…

Read More