Usul kosong kerusi 4 ADUN bermotif politik

KUALA LUMPUR 6 Mac – Penggunaan Artikel 14A Perlembagaan Pulau Pinang untuk meluluskan usul mengosongkan kerusi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilihat sebagai satu penyalahgunaan kuasa serta jelas bermotif politik. Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang juga tidak menghormati lunas demokrasi serta mencabul undang-undang dalam tindakan itu terutama membabitkan dua ADUN Bersatu. Katanya, dua ADUN dari Bersatu iaitu Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md Lazim (Teluk Bahang) tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan kerusi mereka perlu dikosongkan di bawah…

Read More

Mendaulatkan Islam, Memperkasakan MKI”

Berikut adalah teks Titah Ucapan penuh Baginda Sultan Selangor bertajuk “Mendaulatkan Islam, Memperkasakan MKI” :- 💫💫💫 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir rahmanir rahim Alhamdullilah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah rahmat daripada Nya juga, Beta dapat berangkat, seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-69 yang Beta pengerusikan buat julung-julung kalinya ini. 2. Pada hemat Beta, mesyuarat MKI yang diadakan pada pagi ini  membuka satu lembaran baru dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia. Justeru, Beta juga ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada pihak…

Read More

Peranan mentadbir agama kepada yang berhak.

PUTRAJAYA 6 Mac – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) kali ke-69 yang dipengerusikan baginda pada hari ini akan menjadi titik tolak dalam usaha mengembalikan peranan mentadbir agama Islam kepada pihak yang berhak. Sultan Selangor, yang julung kali mempengerusikan mesyuarat majlis itu sejak dipilih sebagai Pengerusi MKI tahun lalu, berharap agar semua pihak menghormati peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kuasa Raja-Raja Melayu. “Beta yakin dengan bermulanya lembaran baharu ini, Majlis Raja-Raja sebagai suara Raja-Raja Pemerintah di Malaysia…

Read More

“Mereka tidak lompat parti”

KUALA LUMPUR 6 Mac – Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka di Pulau Pinang tidak pernah melompat parti. Justeru, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu, berkata adalah tidak wajar usul mengosongkan kerusi dikemukakan ke atas mereka pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri, semalam. Semua rakyat harus menyaksikan kesombongan gabungan DAP-UMNO di Pulau Pinang yang hari ini (semalam) membawa usul ke DUN Pulau Pinang untuk mengosongkan kerusi empat ADUN PN. “Mereka kata ini disebabkan 4 ADUN terbabit melompat parti, tetapi faktanya…

Read More

Empat ADUN Bersatu ‘hilang’ kerusi

TANJONG 6 Mac – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu terpaksa mengosongkan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas DUN Pulau Pinang meluluskan usul berkaitan kerana melompat parti. Usul itu dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman sebelum dibahaskan dan diluluskan dengan sebulat suara. Empat ADUN Bersatu itu berpaling tadah kepada Perikatan Nasional (PN) selepas memenangi kerusi mereka di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU14. Empat ADUN itu adalah Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Khaliq Mehtab Ishaq (Bertam) dan…

Read More

Wadi Annuar tiada tauliah di Selangor

SHAH ALAM 6 Mac – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah Muhammad Wadi Annuar tiada tauliah mengajar agama Islam di Selangor, kata Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad. Beliau berkata, nasihat JAIS kepada pihak penganjur bagi sesi ceramah Muhammad Wadi Annuar yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mac adalah selaras dengan ketetapan berkenaan. “Menurut Seksyen 118, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016 yang menetapkan hanya Jawatankuasa Tauliah yang mempunyai bidang kuasa memberikan tauliah bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam di Selangor. Semakan yang…

Read More

Jaminan keutamaan skim gaji

PUTRAJAYA 6 Mac – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa skim gaji penjawat awam akan menjadi keutamaan kerajaan apabila pendapatan negara bertambah tetapi tidak mungkin dilaksana dalam masa terdekat. Beliau berkata, kadar gaji dan upah penjawat awam akan dibincang semula setelah ‘kantung’ kewangan negara bertambah baik selain defisit kewangan negara dapat dikurangkan. “(Penjawat awam) tanya mengenai skim gaji, itu bila pendapatan negara bertambah, skim gaji jadi keutamaan penjawat awam, insya-Allah. Untuk bulan ini ngak mungkin (tidak mungkin) pak,” katanya. Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana…

Read More

Masih tinggi walaupun ada penurunan

KUALA LUMPUR 6 Mac – Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang, dan Melaka masih tinggi iaitu 50,499 orang walaupun berlaku sedikit penurunan berbanding 55,000 mangsa yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara malam tadi. Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat pukul 8 pagi hari ini, sebanyak 311 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka untuk menempatkan mangsaterjejas. Johor masih merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu seramai 46,916 orang membabitkan 13,511 keluarga ditempatkan di 284 PPS manakala di Pahang, seramai 3,029 mangsa membabitkan 860 keluarga ditempatkan di 21 PPS.…

Read More

164 kes harian Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 6 Mac –  Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus mencatatkan penurunan dengan merekodkan 164 kes termasuk dua kes import berbanding 170 yang dilaporkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,790 yang meliputi 5,005,095 kes tempatan dan 38,695 kes import. Satu kematian baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 36,966 orang termasuk 7,876 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif turun sedikit kepada 9,204 berbanding 9,239 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,888 kes atau 96.6 peratus pesakit…

Read More