Tujuh negeri laksana antilompat parti

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Tujuh negeri telah menguatkuasakan Undang-undang Antilompat Parti yang melarang wakil rakyat bertukar parti di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),  Azalina Othman Said Katanya, negeri-negeri tersebut adalah, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak. Beliau  juga memberitahu kerajaan akan meneliti semula penambahbaikan terhadap undang-undang berkaitan anti lompat parti bagi memastikan ia dapat melindungi mandat rakyat dalam pemilihan wakil rakyat. Menurut Azalina, Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat…

Read More

Mahdzir Khalid sah pertahan jawatan Naib Presiden

KUALA LUMPUR 23 Feb. –  Naib Presiden UMNO, Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya pada Pemilihan UMNO 2023 pada Mac ini. Beliau mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan yang dimenangi pada 2018 itu bagi penggal kedua pada sidang media khas pengumuman calon Naib Presiden UMNO di Hotel Seri Pacific di sini, hari ini. “Untuk sesi pemilihan tahun ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO untuk penggal kedua. “Ketika ini UMNO dalam situasi yang sangat mencabar, saya mengambil pendirian untuk meneruskan perjuangan dan khidmat…

Read More

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 di Istana Negara, hari ini. Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj. Mesyuarat selama dua hari bermula semalam itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 29 dan 30 November 2022 lepas yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan  Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Turut berangkat, Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Sultan Johor Sultan…

Read More

71 % pencarum KWSP tidak cukup dana bersara

KUALA LUMPUR 23 Feb. –  Sebanyak 71 peratus atau lebih dua pertiga ahli yang aktif mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia 55 tahun dan ke bawah, berada dalam situasi jumlah dana tidak mencukupi untuk bersara melebihi paras kemiskinan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata situasi itu berlaku susulan empat pengeluaran khas KWSP – i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas ketika pandemik Covid-19. Justeru, KWSP menganggarkan ahli perlu bekerja antara empat sehingga enam tahun tambahan untuk membina semula simpanan yang telah dikeluarkan semasa pandemik. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bilangan ahli…

Read More

Individu dakwa SPRM tawar RM10 juta ditahan

PUTRAJAYA 23 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan individu yang membuat tuduhan bahawa SPRM menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Bersatu,  Wan Saiful Wan Jan untuk membabitkan Muhyiddin Yassin dalam kes rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata individu itu Mohamad Shafiq Abdul Halim yang juga seorang pegawai kepada Wan Saiful ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 3.30 petang semalam. Katanya, walaupun lelaki itu telah membuat permohonan maaf dalam Facebooknya, namun ini satu perkara yang baginya secara peribadi tidak memaafkan orang begini yang…

Read More

Bersangka baik bawa pakar HDB Singapura

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Pembangkang diminta bersangka baik, bukan bersangka buruk terhadap langkah kerajaan membawa masuk pakar daripada agensi perumahan Singapura, bagi berkongsi kepakaran dalam sektor pembinaan perumahan di negara ini. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tidak ada salahnya Malaysia belajar daripada negara lain demi kepentingan rakyat, sebagai contoh belajar daripada Jepun, walaupun negara itu pernah menjajah Malaysia. “Kita yang penting, perlu bersangka baik, bukan bersangka buruk. Niatnya adalah suci. Biar kita miskin harta, jangan miskin minda. “Jika kita boleh belajar daripada sebuah negara yang menjajah…

Read More

229 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam naik kepada 229 berbanding 184 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,587, iaitu 5,002,919 kes tempatan dan 38,668 kes import. Menurut data portal KKMNow, tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,324 meningkat dua kes berbanding 9,322 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,001 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah. Tiada pesakit di pusat…

Read More

Kecaman program HIMPIT terikut Islamofobia?

AMPANG 23 Feb. – Pihak yang mengecam penggunaan replika senjata dan kostum tentera Islam ketika perarakan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 Jumaat lalu seolah-olah terikut dengan Islamofobia. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang membuat dakwaan itu berkata, golongan terbabit juga sudah menggambarkan kedudukan Islam itu sebagai agama yang menakutkan. “Apa yang mereka takut sangat pada Islam ini. Seolah-seolah Islamofobia dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah yang dilakukan. “Orang Islam bawa pedang kayu pun takut, sedangkan musuh Islam guna senjata nuklear yang memusnahkan, yang diharamkan oleh Islam tak apa. Umat…

Read More