229 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 23 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam naik kepada 229 berbanding 184 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,587, iaitu 5,002,919 kes tempatan dan 38,668 kes import.

Menurut data portal KKMNow, tiada kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kekal 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,324 meningkat dua kes berbanding 9,322 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,001 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 315 pesakit atau 3.4 peratus mendapat rawatan di hospital, lapan daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana enam orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 227 lagi pesakit dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,995,306 orang.

Bagi kes harian negeri, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 85 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 61 kes.

Related posts

Leave a Comment