Kadar kebolehjangkitan kekal

PUTRAJAYA 1 Dis. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught kekal 0.95 semalam, sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak 13 negeri merekodkan kadar melebihi purata kebangsaan di mana enam negeri merekodkan kadar 1.00 atau lebih didahului Perlis 1.06.

Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.02, Pulau Pinang 1.02,Melaka 1.01, Kedah 1.00, Pahang 1.00.

Perak merekodkan 0.99, Selangor 0.99 dan Johor 0.99, Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.98, Sabah 0.96, Terengganu 0.95, Kelantan 0.95.

Negeri yang mencatatkan kadar di bawah purata kebangsaan adalah Negeri Sembilan 0.93, Sarawak 0.77 dan Selangor 0.99.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment