SINGAPURA 21 Feb. – Dua remaja, pelajar sekolah menengah berusia 15 dan 16 tahun, yang menjadi radikal sendiri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung dengan aktiviti keganasan. Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), mereka adalah kenalan online Muhammad Irfan Danyal Mohamad Nor, 18, yang ditahan di bawah ISA pada Disember 2022. Pelajar 15 tahun itu, merupakan tahanan paling muda diberkas di bawah ISA ditahan pada Disember 2022 dan diberi Perintah Tahanan (OD) manakala remaja, 16 tahun yang dikenakan Perintah Sekatan (RO) diberkas pada Januari 2023. Walaupun ketiga-tiga…
Read MoreDay: February 21, 2023
Malu ADUN lompat masih berlaku di Sabah
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Malu saya! Di Sabah terkenal dengan wakil rakyat suka lompat parti. Macam monyet. Bila nak berhenti,” Begitulah luahan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN Kinabatangan) di Dewan Rakyat petang ini. Ketika mengambil bahagian pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan. Beliau yang juga Ketua Perhubungan UMNO Sabah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang melompat…
Read MoreKedudukan Hajiji semakin kukuh
KOTA KINABALU 21 Feb. – Kedudukan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor semakin kukuh apabila Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengambil pendirian untuk menyokong semula kepemimpinan kerajaan negeri. Presiden KDM Peter Anthony berkata, sokongan itu dibuat tanpa meletakkan sebarang syarat dan ia dilakukan demi membangunkan Sabah serta masyarakat di kawasan masing-masing. “Saya bersama pimpinan tertinggi di peringkat KDM membuat keputusan untuk memberi sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi menerajui kepemimpinan tertinggi di peringkat Sabah. “Di peringkat kami tidak ada syarat untuk memberi sokongan ini, bagi kami yang…
Read MoreLima ADUN UMNO sertai Gagasan Rakyat
KOTA KINABALU 21 Feb. – Bukan satu kejutan apabila lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Sabah yang menyokong kerajaan pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor sebelum ini mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta merta. Lima ADUN itu Dr Yusof Yacob (Sindumin); Jasnih Daya (Pantai Dalit); Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Hamid Awang (Balung) dan James Ratib (Sugut) juga mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Pengumuman keluar UMNO serta menyertai Gagasan Rakyat pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor dibuat pada satu sidang media khas yang dipengerusikan oleh Dr Yusof di…
Read MoreKhaled Nordin sedia pertahan Naib Presiden
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Ahli Parlimen Kota Tinggi, Mohamed Khaled Nordin, hari ini, mengulangi kesediaanya untuk bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO yang disandangnya pada pemilihan parti bulan depan. Dalam video melalui Facebooknya hari ini, Mohamed Khaled menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkan bersama kepemimpinan melaksanakan usaha pemulihan parti, selepas tewas teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu. “Saya Mohamed Khaled Nordin ingin umumkan penawaran diri saya sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia yang tujuannya adalah semata-mata untuk berkhidmat dan meneruskan khidmat kepada parti. “Penawaran diri ini, saya sedar…
Read MoreTimbalan Ketua Bersatu Segambut didakwa
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan Jana Wibawa. Adam Radlan, 42, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussain. Mengikut pertuduhan, dia didakwa meminta suapan wang tunai antara 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd, Mat Jusoh Mamat. Is sebagai dorongan untuk…
Read MoreWan Saiful mohon dibicarakan tuduhan rasuah RM6.9 juta
KUALA LUMPUR 21 Feb. – “Saya mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan,” Begitu pengakuan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, itu menghadapi dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. Wan Saiful, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Azura Alwi. Berdasarkan pertuduhan, Wan Saiful didakwa meminta wang daripada Lian Tan Chuan, sebagai dorongan membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central…
Read MoreMuhyiddin dakwa mangsa ‘pendakwaan terpilih’
KUALA LUMPUR 21 Feb. – Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu menjadi mangsa ‘pendakwaan terpilih’ selepas Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa atas dakwaan rasuah RM6.9 juta. Sambil menyatakan rasa sedih kerana ini kali pertama Bersatu dibawa ke mahkamah, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, pihaknya juga menjangka perkara itu dilakukan oleh kerajaan PH-BN untuk melemahkan Bersatu. Bercakap pada sidang media media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini, beliau berkata setiap parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti parti dan Perlembagaan membenarkan sumbangan diterima daripada ahli,…
Read MoreBerita pilihan…
Covid-19: 160 kes tempatan, tujuh kes import
PUTRAJAYA 21 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam turun kepada 167 kes termasuk tujuh kes import berbanding 181 kes yang dilaporkan kelmarin termasuk satu kes import. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,174 kes iaitu 5,002,509 kes tempatan dan 38,665 kes import. Menurut data portal KKMNow, satu kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kini 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,330 dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,983 kes atau 96.3 peratus pesakit…
Read More