Covid-19: 160 kes tempatan, tujuh kes import

PUTRAJAYA 21 Feb. –   Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam turun kepada 167 kes termasuk tujuh kes import berbanding 181 kes yang dilaporkan kelmarin termasuk satu kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,174 kes iaitu 5,002,509 kes tempatan dan 38,665 kes import.

Menurut data portal KKMNow, satu kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kini 36,957 orang termasuk 7,873 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,330 dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,983 kes atau 96.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 338 pesakit atau 3.6 peratus mendapat rawatan di hospital, sembilan daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana enam orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 169 lagi pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,994,887 orang.

Related posts

Leave a Comment