KDN larang tiga penerbitan ‘mudarat moral’

KUALA LUMPUR 14 Feb. –  Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan larangan terhadap tiga penerbitan yang antara lain kandungannya berunsur lucah dan tidak bermoral serta mempromosi gaya hidup lesbian, gay, bioseksual dan transgender (LGBT). Tiga penerbitan itu, masing-masing bertajuk ‘The Tale of Steven’ dikenakan perintah larangan melalui Warta Kerajaan PU (A) 24, ‘Jacob’s Room to Choose’ melalui Warta Kerajaan PU (A) 25 dan ‘Aku’ melalui Warta Kerajaan PU (A) 26. KDN dalam kenyataan media memaklumkan, semua Warta Perintah Larangan itu bertarikh dan berkuat kuasa 20 Januari 2023, selaras dengan peruntukan mengikut…

Read More

TBKLN kumpul RM50 juta sumbangan konglomorat

PUTRAJAYA 14 Feb –  Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) berjaya mengumpul RM50 juta sumbangan konglomerat, yayasan, serta NGO untuk mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria. Sumbangan disampaikan kepada Menteri Luar Negeri Dr Zambry Abd Kadir pada satu majlis yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, di sini hari ini. Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui catatan Facebooknya menyatakan rasa terharu apabila sumbangan itu berjaya dikumpulkan dalam notis yang amat singkat. “Majlis tersebut berjaya mengumpul lebih daripada RM50 juta, dan ia akan disalurkan bagi tujuan meringankan beban mangsa-mangsa gempa bumi tersebut.…

Read More

Malaysia tubuh Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik

PUTRAJAYA 14 Feb. –  Kerajaan Malaysia menubuhkan Pasukan Peninjau Khas ke Damsyik, Syria bagi mendapatkan gambaran sebenar serta membuat penilaian di lapangan mengenai bentuk bantuan kemanusiaan yang diperlukan di negara susulan bencana gempa bumi baru-baru ini. Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata pasukan itu akan membina jaringan komunikasi dengan pihak berkuasa di Syria dalam menilai laluan yang selamat untuk misi penghantaran bantuan kemanusiaan. Pasukan Peninjau ini diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar Negeri dan disertai wakil Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kementerian Kesihatan, Polis…

Read More

Turkiye berdepan kemusnahan AS$84.1 bilion

ANKARA 14 Feb. –  Gempa bumi dahsyat yang menggegarkan Turkiye pada 6 Februari lalu menyebabkan Ankara berdepan kemusnahan melibatkan kos yang boleh mencecah AS$84.1 bilion, demikian unjuran Konfederasi Perniagaan dan Perusahaan Turkiye . Berdasarkan laporan pada hujung minggu lalu, jumlah AS$84.1 bilion itu terdiri daripada AS$70.8 bilion untuk kos membaik pulih ribuan kediaman, kerugian pendapatan negara AS$10.4 bilion serta kerugian tidak dapat bekerja AS$2.9 bilion Bagaimanapun, pemerintah menganggarkan kos itu berjumlah lebih AS$50 bilion. Menurut laporan itu, kos utama bakal melibatkan pembinaan semula kediaman, membaik pulih talian dan prasarana serta…

Read More

Dana RM20 juta bantu Turkiye, Syria

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Bantuan dana kemanusiaan Malaysia bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini berjumlah RM20 juta, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menurut Anwar sumbangan itu adalah daripada beberapa syarikat tempatan dan pelbagai pihak termasuk sebanyak US$1 juta daripada kerajaan Malaysia, manakala US$1 juta lagi adalah sumbangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Beliau berkata, bagi bantuan menyelamat  dua pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), dan satu lagi kumpulan akan berlepas ke sana malam ini termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). “Setakat ini, sekitar RM4…

Read More

SPRM tumpu kes skala besar

KUALA LUMPUR 14 Feb. –  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini memberi tumpuan kepada kes berskala besar bagi menyelamatkan wang rakyat, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. “Tumpuan SPRM sekarang adalah rasuah berskala besar. Kalau dulu, terlalu banyak masa dan tenaga untuk menumpukan perhatian menangkap ikan bilis dan ini tidak akan banyak membantu kerana rasuah adalah satu hal yang sistemik,” katanya Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan asal Lo Su Fui (GRS-Tawau) mengenai strategi penambahbaikan dan fokus utama kerajaan melalui SPRM, semasa Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.…

Read More

Pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan turun

KUALA LUMPUR 14 Feb. –  Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 6.5 peratus pada Minggu Epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2023) dari 5 hingga 11 Februari , berbanding sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi setiap 100,000 populasi pada ME 6/2023 berbanding ME 5/2023 bagi pesakit kategori satu dan dua kekal pada 0.4 peratus manakala kategori tiga hingga lima pula kekal pada 0.5 peratus. “Peratus pengisian katil fasiliti Covid-19 pada ME 6/2023 berbanding…

Read More

Tiada cadangan perkenal semula GST

KUALA LUMPUR 14 Feb. –  Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai kepenggunaan berasas luas yang lain, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sebaliknya beliau berkata, langkah lain akan diambil dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan liabiliti dan hutang kerajaan yang mencecah RM1.5 trilion, mewakili 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. “Apa yang kita akan perketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya seperti dilakukan dalam isu berkaitan subsidi elektrik. “Seperti yang saya jelaskan di Dewan ini dalam sesi lalu, walaupun ada keputusan…

Read More

164 kes baharu Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA  14 Feb. –  Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam masih di bawah 200 dengan merekodkan 164 kes termasuk dua kes import berbanding 160 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,039,650. Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,001,002 adalah kes tempatan dan 38,648 kes import. Dalam tempoh yang sama, satu kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,952 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,310 berbanding 9,401 pada hari sebelumnya dan daripada…

Read More