PUTRAJAYA 14 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam masih di bawah 200 dengan merekodkan 164 kes termasuk dua kes import berbanding 160 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,039,650.
Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 5,001,002 adalah kes tempatan dan 38,648 kes import.
Dalam tempoh yang sama, satu kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,952 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)
Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,310 berbanding 9,401 pada hari sebelumnya dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,978 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 321 pesakit atau 3.4 peratus mendapat rawatan di hospital, 11 daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana enam orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Dalam tempoh yang sama, 254 pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,993,388 orang.
Bagi kes harian negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 57 kes menjadikan jumlah keseluruhan 468,905/ termasuk 9,273 kes tempatan.
