Tiada cadangan perkenal semula GST

KUALA LUMPUR 14 Feb. –  Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai kepenggunaan berasas luas yang lain, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya beliau berkata, langkah lain akan diambil dalam usaha mengurangkan perbelanjaan dan menyelesaikan liabiliti dan hutang kerajaan yang mencecah RM1.5 trilion, mewakili 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Apa yang kita akan perketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya seperti dilakukan dalam isu berkaitan subsidi elektrik.

“Seperti yang saya jelaskan di Dewan ini dalam sesi lalu, walaupun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk menaikkan tarif elektrik, kerajaan sekarang sudah membatalkan rancangan itu dan mengenakannya hanya kepada T20, syarikat multinasional dan syarikat besar, melainkan syarikat yang terbabit dalam keselamatan makanan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Wong Kah Woh (PH-Taiping) sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menangani beban hutang yang dihadapi negara.

Related posts

Leave a Comment