Pejuang tidak kuat perjuangan

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sentiasa membuka penyertaan kepada anggota Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang meninggalkan parti yang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum semalam..

Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, beliau turut sedih apabila Dr Mahathir Mohamad bersama 12 bekas pimpinan Parti Pejuang mengumumkan keluar dari Parti yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri itu.

“Perjuangan Putra sama dengan pegangan  bekas ahli Pejuang yang meninggalkan Pejuang,” katanya dalam satu kenyataan yang turut menyifatkan Dr Mahathir masih relevan serta mempunyai pengalaman yang tidak boleh dipertikaikan.

Ibrahim berkata, Putra juga terkejut kerana Pejuang sebagai penganjur utama kearah penubuhan GTA bagaikan ‘terbunuh dalam kandungan’ sebelum Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan penubuhannya.

Ibrahim berkata, keputusan Pejuang meninggalkan GTA adalah disebabkan kekalahan teruk pada PRU15.

“Mereka ingat masuk bertanding pilihan raya akan terus menang dan dapat menubuhkan kerajaan dan semuanya akan mendapat jawatan sedangkan GTA baru dan belum diluluskan termasuk,,’ katanya.

Beliau menyifatkan tindakan meninggalkan GTA adalah kerana tidak teguh dan kuat

berpegang kepada niat perjuangan untuk menyatupadukan umat Melayu dan melaksanakan agenda bangsa supaya ‘bumi tidak di pijak orang’.

“Takut kerana kebuluran dan mati kehausan, mereka terus tinggalkan Jama’ah dan sahabat-sahabat tanpa kira bicara, termasuk anak meninggalkan bapa walaupun dunia mengenali siapa Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang membawa keluar Pejuang dari GTA adalah bertujuan untuk memohon menyertai Pakatan Harapan (PH) sedangkan Mukhriz dan rakan-rakan sepatutnya memohon bersama dengan PN (Pas).

Menurut kenyataan itu lagi, Kedah,Perlis,Kelantan dan Trenganu kini kubu kuat Pas (PN) yang tidak mudah bagi PH-BN memenangi PRN lebih-lebih lagi majorit orang Melayu di utara dan Pantai Timur tetap tegas menolak Dap dan dasar PH yang  liberal.

“Untuk  bersama PH amat sukar difahami, apatah lagi kecaman terhadap PH dan DAP sebelum ini, malah untuk bersama berkempen dengan UMNO yang tenat dan Mukriz sebelum ini tuduh macam-macam. Ini memalukan bagi orang yg ada maruah dan harga diri,” katanya.

Sebaliknya Putra memileh jalan yang penuh onak dan duri walau pun berkayuh dengan lidi.

“Putra tidak akan mengamalkan Kepimpinan  *matlamat menghalalkan cara, beretorik dan bersifat hipokrit. Kita manusia semua nya ada kelemahan tapi jangan lah sampai seolah olah mengejar sesuatu, seperti tiada hari esok lagi.

“Perjuangan demi agenda Islam dan Melayu muntakhir ini yang terhimpit di segenap penjuru, maka hanya yang benar-benar cekal serta semangat pengorbanan yang tinggi sahaja dapat mengharungi dugaan dan cabaran,” katanya.

Related posts

Leave a Comment