ATM hantar kumpulan kedua sertai ‘Op Starlight’

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar kumpulan kedua petugas perubatannya untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye, malam tadi.

Kumpulan 34 pegawai dan anggota perubatan dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM itu berlepas menggunakan pesawat komersial bagi melaksanakan ‘Op Starlight’.

“Kumpulan berkenaan akan bersama kumpulan pertama yang berlepas ke Turkiye pada awal pagi semalam bagi menubuhkan Hospital Medan Malaysia (HMM) di Adiyaman bagi bantuan kemanusiaan berkenaan.

“Turut bersama dalam penerbangan itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh,” kata kenyataan melalui Facebook ATM..

Menurut perkongsian itu juga, kumpulan pertama terdiri daripada 106 anggota perubatan, termasuk 14 pakar pelbagai bidang serta 12 doktor telah selamat

tiba di Gaziantep melalui pesawat Airbus A400M Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kumpulan pertama terdiri daripada 106 anggota perubatan, termasuk 14 pakar pelbagai bidang serta 12 doktor.

Dr Zulkeffeli berkata, pasukan perubatan itu berlepas ke Turkiye secara berperingkat membabitkan 36 orang pada pagi semalam, diikuti kumpulan kedua seramai 34 orang dan selebihnya dijangkakan hari ini.

“Antaranya ialah pakar pembedahan am dan pakar ortopedik, selain mengambil kira kemudahan pakar perbidanan dan sakit puan serta kanak-kanak yang amat diperlukan di kawasan kejadian ketika ini.

“Anggota perubatan yang dihantar itu adalah berdasarkan kebarangkalian kecederaan dialami mangsa gempa bumi di negara berkenaan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment