5 terperangkap 129 jam masih hidup

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Bertahan 129 jam sebelum diselamatkan. Begitulah pengalaman pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dari Malaysia yang berjaya menyelamatkan lima mangsa yang terperangkap dalam runtuhan akibat gempa bumi Isnin lalu. Pasukan MAS-01 SMART sebelum itu berusaha menggali terowong sepanjang 8.5 meter di kawasan terjejas gempa bumi di Gaziantep, Turkiye. Berita gembira itu dikongsikan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul Turkiye melalui hantaran di Twitter, petang tadi. Komander Kontinjen, Mohd Khairul Jamil, berkata semua lima mangsa yang diselamatkan itu, berjaya bertahan selama 129 jam, selepas kejadian gempa bumi…

Read More

Pejuang tidak kuat perjuangan

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sentiasa membuka penyertaan kepada anggota Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang meninggalkan parti yang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum semalam.. Presiden Putra, Dr Ibrahim Ali berkata, beliau turut sedih apabila Dr Mahathir Mohamad bersama 12 bekas pimpinan Parti Pejuang mengumumkan keluar dari Parti yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Perdana Menteri itu. “Perjuangan Putra sama dengan pegangan  bekas ahli Pejuang yang meninggalkan Pejuang,” katanya dalam satu kenyataan yang turut menyifatkan Dr Mahathir masih relevan serta mempunyai pengalaman yang…

Read More

ATM hantar kumpulan kedua sertai ‘Op Starlight’

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar kumpulan kedua petugas perubatannya untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye, malam tadi. Kumpulan 34 pegawai dan anggota perubatan dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM itu berlepas menggunakan pesawat komersial bagi melaksanakan ‘Op Starlight’. “Kumpulan berkenaan akan bersama kumpulan pertama yang berlepas ke Turkiye pada awal pagi semalam bagi menubuhkan Hospital Medan Malaysia (HMM) di Adiyaman bagi bantuan kemanusiaan berkenaan. “Turut bersama dalam penerbangan itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh,”…

Read More

252 kes baharu, empat kematian

PUTRAJAYA 11 Feb. – Sebanyak 252 kes baharu Covid-19 termasuk tiga kes import direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,039,067. Menurut data portal KKMNow,  daripada jumlah keseluruhan itu, kes tempatan adalah 5,000,427 dan 38,640 kes import. Dalam tempoh yang sama, sebanyak empat kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,950 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,731 berbanding 9,786 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,392 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang…

Read More

Korban nahas van kini 8 orang

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Seorang lagi mangsa nahas van persiaran di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands, kelmarin, meninggal dunia, semalam menjadikan jumlah korban insiden berkenaan kini mencecah lapan orang. Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata korban kelapan itu dikenali sebagai Chew Chong Beh, 73, yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 1.46 tengah hari semalam . Sebelum itu, katanya, enam mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL. Katanya, empat lagi mangsa yang cedera masih…

Read More

Anthony Loke jelaskan cukai jalan digital

PUTRAJAYA 11 Feb. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke tampil menjawab pelbagai persoalan berikutan pengumumannya bahawa pemilik kenderaan persendirian tidak perlu mempamerkan cukai jalan pada kenderaan masing-masing. Loke menerusi hantaran dalam Facebook berkata, selepas mengumumkan cukai jalan tidak lagi diwajib untuk dipaparkan di cermin kenderaan, semalam, banyak persoalan yang timbul. Justeru, beliau memberikan pencerahan kepada beberapa soalan yang sering dikemukakan oleh para pengguna. Berikut penjelasan beliau mengenai persoalan orang ramai: ADAKAH  wajib untuk download apps “MyJPJ”? Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan…

Read More