SEPANG 10 Feb. – Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti pimpinan anaknya Mukhriz berikutan tindakan Pejuang meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA). Turut berbuat demikian Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya dan bekas ahli majlis eksekutif pusat, Armin Baniaz Pahamin serta 10 lagi individu lain. Marzuki melalui hantaran di Facebooknya hanya menulis : Demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air” dan disertai notis bertarikh 10 Februari 2023 yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah. Keputusan itu didakwa dibuat berikutan kecewa dengan tindakan parti tersebut…
Read MoreDay: February 10, 2023
MAS-01 temukan lima lagi mayat
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Lima lagi mayat korban runtuhan ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Malaysia (MAS-01) yang melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye. Pasukan itu berjaya mengeluarkan lima mangsa berkenaan yang membabitkan tiga lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan, semua mangsa terbabit dijumpai dalam operasi SAR di kawasan bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep. Dalam operasi itu, pasukan MAS-01 menggunakan kaedah ‘cutting & breaking’ iaitu menggunakan peralatan khas Pasukan Mencari dan Menyelamat…
Read MoreHasmuni tawar diri tanding Ketua Pemuda
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hasmuni Hassan mengetuai pasukan ‘Berani Bangkit’ yang menawarkan diri bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua Pemuda serta pegawai lantikan lain. Hasmuni yang mengumumkan akan bertanding mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dr Asyraf Wajdi Dusuki menamakan regunya, Ketua Pemuda UMNO Johor Hairi Mad Shah, sebagai calon Naib Ketua Pemuda. Hairi juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Johor Bahru. Selain Hairi, Hasmuni turut mengumumkan ADUN Merlimau yang juga Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh, akan…
Read MoreKerajaan belum putuskan benar guna ganja
BANGKOK: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan membenarkan penggunaan kanabis bagi tujuan perubatan di Malaysia seperti yang berlaku di Thailand. Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan hingga kini, kerajaan masih menunggu hasil dapatan kajian, termasuk cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung perkara itu. Perdana Menteri bagaimanapun mengaku setakat ini, belum ada sebarang perkembangan mengenai cadangan itu. “Setakat ini, ia (cadangan itu) tidak dipandang secara serius. Kita akan menunggu dapatan serta cadangan Kementerian Kesihatan. Selain itu, kita menunggu (laporan) dari sudut kesihatan kerana ia (penggunaan marijuana) juga membabitkan aspek keselamatan,” katanya kepada…
Read MoreErdogan minta rakyat tidak putus harapan
GAZIANTEP: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi kata-kata semangat kepada rakyat negara itu supaya tidak putus harapan untuk melalui detik sukar akibat gempa bumi kuat yang melanda, Isnin lalu. “Jangan bimbang, sama seperti kita berdepan gempa bumi sebelum ini, jadi jangan putus harapan,” katanya ketika menyerahkan pangsapuri di 10 wilayah ini kepada pemiliknya. Erdogan memberi kata semangat itu ketika turun padang di Gaziantep bagi menyelia operasi mencari dan menyelamat serta agihan bantuan kepada mangsa gempa bumi di kawasan berkenaan. Kunjungan Erdogan ke Gaziantep adalah sebahagian daripada misinya untuk siasatan ke…
Read MoreMalaysia bantu rundingan damai di selatan Thai
BANGKOK 10 Feb. – Malaysia akan membantu sedaya mungkin proses rundingan damai konflik selatan Thailand yang berlarutan sejak sekian lama, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau mengulangi pendirian Malaysia itu ketika berucap di hadapan masyarakat Muslim tempatan, sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Yayasan Pusat Islam Thailand, di sini. Katanya, Malaysia selaku negara jiran dan rakan kepada Thailand, akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan beberapa masalah yang tersangkut, termasuk membabitkan konflik selatan Thailand. “Insya-Allah, kita akan cuba sedaya upaya meningkatkan hubungan dua hala negara yang berjiran. Sebagai negara jiran dan sahabat…
Read MoreKes tempatan Covid-19 cecah 5 juta
PUTRAJAYA 10 Feb. – Jumlah keseluruhan kes tempatan Covid-19 setakat semalam mencecah 5 juta dengan pertambahan 269 kes baharu termasuk satu kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,000,175. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah 5,038,812 termasuk 38,637 kes import. Tiada kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia kekal 36,946 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,786 semalam berbanding 9,892 pada hari sebelumnya, dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,391 kes atau 96…
Read MoreBerita pilihan…
Jumlah korban gempa bumi meningkat
ANKARA: Sekurang-kurangnya 21,051 orang meninggal dunia akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria , demikian menurut kenyataan pihak berkuasa kedua-dua negara. Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye dalam kenyataan berkata, angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 17,674 dengan 72,879 yang lain dilaporkan cedera setakat Khamis. Sementara kumpulan pertahanan awam White Helmets dan media kerajaan Syria melaporkan jumlah kematian di negara itu meningkat kepada sekurang-kurangnya 3,377 orang. Ia termasuk 2,030 mangsa di kawasan yang dikuasai pemberontak di wilayah barat laut, dan 1,347 kematian di bahagian yang dikawal kerajaan di…
Read More