MAS-01 temukan lima lagi mayat

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Lima lagi mayat korban runtuhan ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Malaysia (MAS-01) yang melaksanakan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.

Pasukan itu berjaya mengeluarkan lima mangsa berkenaan yang membabitkan tiga lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam kenyataan menerusi Facebooknya memaklumkan, semua mangsa terbabit dijumpai dalam operasi SAR di kawasan bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep.

Dalam operasi itu, pasukan MAS-01 menggunakan kaedah ‘cutting & breaking’ iaitu menggunakan peralatan khas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

“Operasi amat rumit serta berbahaya memandangkan struktur tidak stabil, dan kesemua mangsa yang ditemukan telah meninggal dunia,” katanya.

Semalam, MAS-01 menjumpai tiga mayat mangsa runtuhan akibat gempa bumi, membabitkan masing-masing seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak.

MAS-01 yang terdiri daripada pasukan SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta anggota Kor Kesihatan Diraja, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menjalankan misi SAR sejak semalam selepas tiba di Nurdagi, kelmarin.

Semalam, MAS-01 menjumpai tiga mayat mangsa runtuhan akibat gempa bumi, membabitkan masing-masing seorang lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Pasukan MAS-01 berlepas dari Malaysia pada Isnin lalu, manakala pasukan kedua MAS-02 terdiri daripada JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pasukan SMART berlepas pada malam kelmarin.

Related posts

Leave a Comment