Dr. Mahathir, 12 lagi tinggalkan Pejuang

SEPANG 10 Feb. –  Bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar parti pimpinan anaknya  Mukhriz berikutan tindakan Pejuang meninggalkan Gerakan Tanah Air (GTA).

Turut berbuat demikian Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya dan bekas ahli majlis eksekutif pusat, Armin Baniaz Pahamin serta 10 lagi individu lain.

Marzuki melalui hantaran di Facebooknya hanya menulis : Demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air” dan disertai notis bertarikh 10 Februari 2023 yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah.

Keputusan itu didakwa dibuat berikutan kecewa dengan tindakan parti tersebut memutuskan hubungan dengan GTA.

“Keputusan Pejuang memutus hubungan dengan GTA secara langsung menyingkir kami dari kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.

“Bagi kami, matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan juga orang perseorangan yang berprinsip serta berpegang kepada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

“Di atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA,” kata notis yang ditandatangani 13 anggota yang terlibat.

Pada Disember lalu, Dr. Mahathir meletakkan jawatannya sebagai pengerusi parti berkenaan.

Related posts

Leave a Comment