Tiada peluang UMNO di Selangor?

KUALA SELANGOR 5 Feb. – UMNO dijangka mengalami kekalahan termasuk beberapa kubu kuat parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar berkata, semua kawasan Parlimen di Selangor tewas termasuk kubu kuat UMNO seperti di Tanjong Karang, Sungai Besar dan Sabak Bernam yang dimenangi Perikatan Nasional (PN). Katanya, beliau tidak nampak peluang UMNO untuk menang di Selangor melainkan jika mengharapkan pengundi bukan Melayu. “Mungkin pada masa itu (PRU15), pengundi masih menyokong UMNO tetapi sekarang ini, orang yang…

Read More

Gambar lama di rumah Sheikh di Doha

SEPANG 5 Feb. –  Gambar tular Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedang menjamu selera ‘nasi Arab’ di depan dulang besar adalah gambar lama sekitar 2019 ketika beliau ke Doha atas jemputan perdana menteri Qatar. Ahli Parlimen Pasir Gudang (PKR) Hassan Karim yang turut kelihatan dalam gambar itu berkata, lawatan itu diadakan selepas Anwar memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson pada Oktober 2018. Katanya, sempena lawatan itu, Anwar turut dipelawa menghadiri satu persidangan antarabangsa memperingati tokoh Islam Malek bin Malek, selain menziarahi tokoh ulama Islam Yusuf al-Qaradawi. “Anwar dan rombongannya bukan ke…

Read More

Tahap kesihatan PM Anwar baik

KUALA LUMPUR 5 Feb. –  Perdana Menteri Anwar Ibrahim memaklumkan, keadaan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan beliau meneruskan tugasnya hari ini. Beliau  yang dilaporkan tidak sihat, hari ini, berkata perkara itu disahkan doktor selepas beliau menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pagi tadi. “Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah,” kata beliau di Facebooknya. Sebelum itu, Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar memaklumkan kepada pemberita,…

Read More

Dari UMNO ke Bersatu kini Gagasan Rakyat

KOTA KINABALU 5 Feb. –  Ketua Menteri, Hajiji Noor yang meninggalkan Bersatu hari ini secara rasmi mengambil alih Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sekaligus dipilih mengetuai parti itu. Hajiji dipilih menggantikan bekas Presiden Gagasan Rakyat, Stephen Jacob Jimbangan pada Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini. Menteri Kewangan negeri yang juga Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Masidi Manjun dipilih sebagai timbalan presiden yang baharu. Turut membarisi kepemimpinan baharu Gagasan Rakyat adalah tiga naib presiden, iaitu Ahli Dewan…

Read More

SD PM10: DAP gesa BN ambil tindakan

SEPANG 5 Feb. – Barisan Nasional (BN) digesa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua Ahli Parlimennya yang sebelum ini menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10. Setiausaha Publisiti DAP Perak Chong Zhemin, berkata siasatan dan tindakan disiplin perlu dikenakan terhadap mereka yang terbabit bagi menjaga kestabilan kerajaan perpaduan dan mengelak insiden Langkah Sheraton berulang. Menurut Ahli Parlimen Kampar itu, gesaan itu selaras dengan langkah UMNO yang mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Parlimen parti itu yang menandatangani SD menyokong Muhyiddin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Badan…

Read More

Zahidi pilih Amanah selepas ‘ditolak’ PKR

PADANG BESAR 5 Feb. – Selepas dilabel sebagai pemimpin dalam kategori ‘tong sampah’ oleh PKR Perlis, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Zahidi Zainul Abidin mengalihkan hasratnya menyertai Amanah, parti komponen Pakatan Harapan (PH). Bekas Ahli Parlimen Padang Besar dari 2013 hingga 2022 yang dipecat daripada UMNO selepas bertanding sebagai calon Bebas, tidak menolak kemungkinan bahawa Amanah adalah destinasi politik pilihannya selepas ini. Katanya, akar umbi menyarankan beliau menyertai Amanah disebabkan perhatian boleh diberikan di kawasan Padang Besar terutamanya berkaitan pertanian oleh kerana Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu…

Read More

Dr.M terkilan, sedih jatuh merudum

LANGKAWI 5 Feb. –  Terkilan dan sedih, ditolak jatuh merudum. Begitulah luahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas ditolak pengundi Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu. Bekas Perdana Menteri itu meluahkan rasa kecewa berikutan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 atas tiket Pejuang malah hilang wang deposit. Beliau berkata, komitmennya membangunkan pulau legenda itu menerusi pemberian status bebas cukai pada 1987 sehingga terkenal di persada dunia seolah-olah tidak dihargai. “Bukan merajuk, tapi kecewa sedikit (atas kekalahan teruk dalam PRU15) kerana saya sudah buat macam-macam…

Read More

202 kes baharu Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 5 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di negara ini semalam adalah 202 kes yang meliputi 196 kes tempatan dan enam kes import berbanding 340 kelmarin yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,037,784 kes. Menurut data portal KKMNow, setakat semalam jumlah keseluruhan kes tempatan adalah 4,999,155 manakala kes import pula 38,629. Satu kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah yang meninggal akibat Covid-19 kekal 36,943 orang termasuk 7,870 kes meninggal dunia di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 10,136 berkurangan 74 kes berbanding…

Read More